Terima Kasih diatas kunjungan anda ke blog ini.
Sekiranya anda telah menghantar Catatan pada blog ini menggunakan borang pada ruang "Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini" yang terdapat pada ruangan sebelah bawah blog, ia akan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan tertakluk kepada syarat anda telah menjadi ahli Kumpulan Google Pengairan Titis dan Fertigasi. Anda akan menerima salinan catatan yang dihantar ke blog ini melalui emel daripada burst@emailmeform.com
Semua catatan hanya boleh mengandungi perkara berkaitan pertanian Fertigasi terutamanya cili serta tidak memburukkan mana-mana pihak, individu atau artikel.
Pihak admin/moderator blog mempunyai hak mutlak untuk meluluskan atau menahan mana-mana catatan dari diterbitkan pada blog ini.
Sekian.
Cemperai - Suapan Blog Baru
Jumaat, 19 Februari 2010
Terima Kasih
Khamis, 18 Februari 2010
Pandangan Panorama Ladang Mini 1200 Pokok
Gambar pada catatan ini adalah gambar lama musim pertama Semerah 704. Gambar diambil ketika buah telah mula merah pada usia sekitar 2 bulan lebih. Saiz pokok tidak begitu besar kerana menggunakan baja cair. Pada ketika ini bunga baru terhenti seketika, selepas beberapa minggu bunga baru keluar semula dengan banyak.
Saya rasa terpanggil untuk edit gambar menggunakan Adobe Photoshop CS4 diatas pertanyaan berkenaan ladang saya. Kebetulan saya mempunyai beberapa keping gambar yang sesuai untuk dicantumkan menjadi pandangan Panorama. Kepada mereka yang ingin mencuba mencantumkan beberapa keping gambar boleh buat dengan mudah sekali menggunakan Adobe Photoshop CS4:
pergi ke Menu File, pilih Automate, pilih Photomerge dan ikut arahan/pilihan seterusnya
Sila klik baca lagi... untuk artikel penuh.
Untuk makluman mereka yang berminat dan ingin mengusahakan tanaman Cili Fertigasi perlu ambil perhatian:
- kaji dahulu pasaran yang anda ingin tembusi
- cuba jimat kos dimana perlu seperti beli tangki air terpakai
- tiang pagar boleh guna kayu-kayu yang ditebang atau kayu terpakai
- tiang bangsal boleh guna kayu terpakai
- dan lain-lain penjimatan yang boleh diusahakan
- jangan asyik nak upah orang dalam semua perkara kerana ia adalah satu tindakan yang merugikan, cuba dulu buat mana yang boleh termasuk kerja setup ladang, tangki, pam, paip dripper, semai benih, penjagaan, meracun, memetik dll
- dapatkan sebut harga dari 2 atau 3 pembekal sebelum membuat pembelian
- memasarkan sendiri hasil ladang lebih baik
Apa yang penting adalah ladang tersebut boleh beroperasi secara praktikal termasuk mempunyai tekanan air yang bersesuaian mengikut rekabentuk ladang. Dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman berkenaan reka bentuk ladang serta kapasiti pam.
Kepada mereka yang ingin menceburkan diri serta menjadikan Cili Fertigasi sebagai sumber pendapatan perlu diingat bahawa:
Kesilapan Adalah Kaedah Pembelajaran Termahal Bagi Pengusaha Kecil-kecilan
Pengusaha kecil-kecilan biasanya tiada penaja atau dana tambahan yang banyak, sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau serangan penyakit yang teruk maka akan berlaku kerugian dan berkemungkinan boleh tutup ladang. Secara praktikal perkara ini sememangnya berlaku.
Cuba bayangkan kita perabih semua wang yang ada atau mungkin buat pinjaman kata orang "all out" tapi apabila kita telah satu musim berlalu kita dapati ianya adalah satu kesilapan yang amat besar dalam membuat keputusan untuk menceburi bidang ini. Pastikan ia tidak berlaku pada anda.
Sekiranya berlaku kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana kesilapan kita samada kurang mahir dalam kerja praktikal, kawalan penyakit, pemasaran atau pun berbelanja terlalu besar untuk ladang yang kecil. Atau juga mungkin termakan kata-kata rakan atau jurujual.
Sudah menjadi lumrah penuntut IPTA/IPTS samada Diploma atau Ijazah mereka akan melakukan praktikal terlebih dahulu bertujuan mendapatkan serba sedikit pengalaman kerja. Juga bagi mereka yang menuntut di Institusi Kemahiran. Bagaimana pula kita? Sudahkah ilmu penuh didada hanya dengan menghadiri 2 atau 3 Kursus Fertigasi? Perlukah kita buat kerja-kerja praktikal dimana-mana ladang fertigasi terlebih dahulu? Urut dada dan tanya tuan punya badan.
Bukan niat untuk mematahkan semangat tetapi niat untuk membuka minda.
Dengan rasa rendah dirinya berikut adalah gambarnya...
![]() |
| From Semerah 704 - Panorama |
![]() |
| From Semerah 704 - Panorama |
![]() |
| From Semerah 704 - Panorama |
![]() |
| From Semerah 704 - Panorama |
![]() |
| From Semerah 704 - Panorama |
![]() |
| From Semerah 704 - Panorama |
(kat rumah yang nampak bumbung tu - rumah Pak Saudara)
![]() |
| From Semerah 704 - Panorama |
Isnin, 30 November 2009
Cili Padi Semerah 704 – Baja Cair
Untung atau rugi?
Berdasarkan pengalaman mengusahakan Cili Padi Semerah 704 secara sambilan ungtuk mengatakan untung itu adalah satu perkara yang agak sukar untuk diungkapkan.
Namun sekiranya kita mengangap ianya adalah sebagai kerja sambilan untuk mendapatkan duit tambahan adalah definasi yang mungkin lebih tepat tanpa mengambil kira modal yang dilaburkan pada peringkat awal.
Pendapatan yang dijana mampu untuk menampung kos baja serta racun dan lain-lain kos. Selebihnya adalah untuk poket sendiri.
Butiran terperinci tidaklah direkodkan dengan sempurna, pada dasarnya dengan mengambil pendekatan penjimatan baja hasil yang dijana sekadar cukup-cukup saja. Manakala bil elektrik dan air adalah percuma.
Jadual siraman 6 kali sehari yang berjumlah keseluruhan 2 liter sehari manakala kepekatan baja antara 1.2 – 1.5mS. Ini bagi memastikan saiz buah tidak terlalu besar bagi memenuhi permintaan pasaran setempat. Setaip minggu siraman air kosong akan dilakukan untuk sehari.
Untuk ladang mini berkapasiti 1200 pokok (lebih kurang 1000 pokok adalah Cili Padi Semerah 704), pendapatan bulan pertama ~ RM1000 manakala pendapatan bulan berikutnya purata RM500. Butiran jumlah dalam KG tidak direkodkan sepenuhnya.
Oleh kerana jadual baja yang cair saiz pokok juga tidaklah begitu besar dan setelah melepasi usia 8 bulan kelihatan pokok perlu ditukar dalam masa terdekat. Dijangka sebelum hujung Januari 2010 pokok akan diganti dengan yang baru.
Jika permintaan pasaran setempat tidak mementingkan saiz buah maka jadual baja yang digunakan bolehlah mengikut jadual baja Cili Merah. Sudah pasti saiz buah akanmenjadi lebih besar serta lebih berat. Namun begitu ia tertakluk kepada keadaan pokok yang subur dan tidak mengalami serangan penyakit yang teruk.
Pada pendapat saya untuk menjadikan tanaman cili sebagai pendapatan yang lumayan adalah tidak begitu realistik bagi modal yang rendah serta kapasiti ladang yang sedikit. Ianya mungkin lebih realistik dengan modal yang besar serta kapasiti ladang yang tinggi, mungkin 10 ekar keatas.
Selasa, 29 September 2009
Timer - Bahagian 1
Timer adalah perkara yang penting bagi setiap sistem fertigasi. Pasa asasnya Timer - terdiri dari pada jenis Analog dan Digital. Kebanyakan Sistem Fertigasi kecil hanya menggunakan Timer Digital jenis biasa kerana Pam (Motor) yang digunakan adalah kecil dan tidak memerlukan kawalan motor (pam) yang menggunakan Contactor. Timer Digital boleh diset pada jarak minima 1 minit manakala timer analog boleh diset pada jarak masa minima 15minit. Timer Digital mempunyai bateri untuk memastikan jam terus berfungsi jika bekalan elektrik terputus manakala Timer Analog tidak mempunyai bateri dan masa perlu disetkan semula selepas ganguan bekalan elektrik.
Jenama timer Digital yang biasa digunakan untuk Sistem Fertigasi Kecil adalah sepeti jenama SUM. Timer dari kategori ini biasanya tidak betahan lama, pernah saya gunakan sekitar 1 tahun sahaja, ada beberapa unit Timer sejenis dengannya telah rosak pada jangka masa 3 dan 6 bulan sahaja, malah ada yang belum sempat guna dah rosak, harga timer tersebut adalah RM28-RM33 setiap satu.
Timer jenama Hager juga terdiri daripada jenis Analog dan Digital. Terdapat pelbagai pilihan timer analog dan digital. Ada diantara Timer Analog mempunyai bateri untuk meneruskan fungsi jam jika bekalan elektrik terganggu. Harga Timer Analog sudah pasti lebih murah dari Timer Digital.
Apa yang perlu kita tahu untuk Sistem Fertigasi pada kebiasaanya kita memerlukan siraman pada kekerapan dan jangka masa yang sama setiap hari, oleh itu Timer 24jam sudah memadai dan ianya pasti lebih murah berbanding Timer 7 Hari.
Antara pilihan model bagi jenama Hager yang dicadangkan adalah:
Analog (dengan bateri backup untuk jam) - EH111 (preferred) atau EH711
Digital (dengan bateri backup untuk jam) - EG110
Timer Analog lebih mudah dikendalikan berbanding Timer Digital.
Timer perlu dipasang didalam kotak menggunakan DIN Rail - sebagai contoh DB Box / Suis Utama untuk bekalan elektrik dirumah.
Memandangkan Timer Analog hanya boleh diset pada jarak masa minima 15 minit maka ia memerlukan Timer kedua yang dipasang secara siri bagi memendekkan lagi masa siraman kepada kurang dari 15 minit bagi kebanyakkan Sistem Fertigasi. Namun begitu jika kita menggunakan Timer Digital pada jarak masa minima 1 minit dan memerlukan masa siraman kurang dari 1 minit maka Timer kedua juga perlu digunakan.
Bersambung...







