rss

Paparan terbaik gunakan Firefox

Ubah Font Catatan Disini


Kumpulan Google
Pengairan Titis dan Fertigasi
Status Aktiviti :Rendah Lawati kumpulan ini



Hubungi Admin Blog:



»»  lihat 10 catatan terbaru...

Cemperai - Suapan Blog Baru

Memaparkan catatan dengan label Media Tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media Tanaman. Papar semua catatan

Khamis, 22 April 2010

Pasu Dan Tanah - Percubaan Cili Semerah 704

Pasu plastik kecil, tinggi kurang 6 inci dan diameter lebih kurang 6 1/2 inci.

Tambahkan slow release fertilizer (Kokei Nugget) dan penuh kan tanah, sedia untuk transplant. Kandungan tanah - sabut, arang dan mungkin juga sedikit sekam serta tanah bakar (warna oren) serta baja biji (tidak dapat dipastikan samada baja kimia atau baja gunung berapi), juga kelihatan sedikit campuran top soil, tanah dibeli dari nuseri di Nilai, Negeri Sembilan - sumber asal dari Layang-layang, Johor.


3
Diameter lebih kurang 6 1/2 Inci


3
Tinggi kurang 6 Inci


3
Tanah dari nuseri



3
Slow release fertilizer


3
Sedia untuk transplant


Gambar sewaktu pokok kecil tidak dirakamkan kerana tiada kesempatan al maklumlah agak sibuk dengan tugasan lain.

Berikut adalah gambar pokok yang telah berbuah.

3


3


3
Tambah slow relaese fertilizer, baja biji NPK juga dibekalkan kepada pokok.


3


3


3
Kelihatan tangkai buah yang telah dipetik


3


3
Bunga telah mula keluar untuk kali kedua setelah buah peringkat pertama mula merah


3
Bunga telah mula keluar putik untuk kali kedua setelah buah peringkat pertama mula merah


3
Ketinggian pokok dari pasu ~16 inci


3
Pokok yang sakit telah mula berbunga


3
Pokok yang sakit telah berbuah


Pastikan pasu tidak diangkat apabila pokok telah mula bercabang Y sehingga tamat musim, ini bagi memastikan akar yang terkeluar daripada bahagian bawah pasu yang telah mencengkam tanah tidak terputus, ini bagi membolehkan pokok membesar dengan kadar yang lebih cepat serta saiz pokok yang lebih besar.

Kadar siraman sekitar 2 liter sehari. Tiada baja fertigasi digunakan hanya baja slow release fertilizer (Kokei Nugget) dan baja biji NPK.

Kepada yang berminat boleh cuba kaedah iniuntuk tanaman cili jenis lain.

Nota: Petola (pada pendapat saya) lebih sensitif kepada kadar baja berlebihan serta boleh melecur daunnya.

Sabtu, 16 Mei 2009

Percubaan Media Untuk Cili Padi Semerah

Percubaan keatas media tanaman untuk Cili Padi Semerah - pokok berusia 3 minggu dihalaman rumah ( usia anak benih semasa transplant adalah 8 minggu).

1. Sekam 100% 3 polibeg - Tunas air tidak begitu subur.
2. Sabut 100% 3 polibeg - Tunas air lebih subur berbanding sekam 100%.
3. Sabut + Sekam 1:1 - Tunas air lebih subur berbanding sabut 100%. Cabang keluar lebih awal serta sudah ada tampuk bunga.

Pada pemerhatian saya media tanaman Sekam + Sabut 1:1 adalah

lebih baik untuk Cili Padi Semerah. Perbezaan pertumbuhan pokok adalah ketara pada media yang diuji. Sekiranya dibandingkan dalam kiraan hari, pertumbuhan bagi pokok yang menggunakan media tanaman sekam 100% dan sabut 100% mungkin ketinggalan antara 5-7 hari, walaupun kadar siraman dan baja adalah sama, dengan erti kata lain pertumbuhan pokok yang menggunakan media Sekam + Sabut 1:1 lebih cepat / produktif walaupun usia pokok adalah sama. Ketepatan eksperimen tidaklah begitu tinggi kerana hanya mengunakan 3 polibeg untuk setiap jenis media tanaman.

Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap jenis benih cili. Oleh itu perlu juga diuji keatas jenis benih cili yang lain sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan sebarang jenis media tanaman keatas ladang "revenue". Oleh itu eksperimen adalah sangat penting serta perlu mempunyai Test Bed @ Tapak Eksperimen untuk melakukan eksperimen, bagi setiap pengusaha Fertigasi yang inginkan pengalaman yang lebih banyak serta mengurangkan risiko kerugian serta bagi mendapatkan produktiviti yang lebih tinggi, hasil boleh jangka yang jelas.

Sabtu, 18 April 2009

pH Media untuk Cili

Skala pH adalah diantara 0 hingga 14. pH 7 adalah bacaan neutral. Bacaan dibawah 7 adalah berasid dan bacaan diatas 7 adalah beralkali.

pH media tanaman yang sesuai untuk cili lebih kurang 5.5 hingga 6.5. Memastikan bacaan pH media yang digunakan berada dalam julatnya adalah sangat penting bagi perkembangan akar tumbuhan, sekiranya akar dapat tumbuh dengan baik maka daya serapan nutrien adalah juga semestinya lebih baik serta pokok akan menjadi lebih subur serta berupaya mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Diantara kaedah yang biasa dilakukan bagi membetulkan pH media tanaman adalah melakukan "flushing" menggunakan air kosong seminggu sekali untuk siraman satu hari.



Rata-rata pH media sabut yang pernah saya uji (menggunakan meter pH murahan, hehehe) adalah dibawah 5.0 iaitu lebih berasid dari yang sepatutnya.

Manakala pH media campuran sabut dan sekam 3:1 kebanyakannya diantara 5.0 hingga 6.0, juga terdapat bacaan diantara 3.0 hingga 5.0 ini bergantung kepada nisbah campuran sebenar samada sekata atau pun tidak. Sabut muda lebih berasid dari sabut tua.

Manakala media sekam 100% yang saya uji rata-rata boleh dikatakan antara 5.4 hingga 7.0, namun begitu ada 1 polibeg yang saya ukur bacaan pH adalah dibawah 4.0

Media sabut 100% adalah lebih berasid berbanding media sekam yang lebih baik bacaan pH (pada pendapat saya). Namun begitu sabut berupaya memegang air pada kadar yang lebih lama berbanding sekam.

Mungkin campuran media sabut dan sekam 1:1 lebih baik dari menggunakan sekam 100%, namun adalah lebih baik diuji terlebih dahulu.

Banyak info yang diperolehi, ramai pengusaha fertigasi di utara menggunakan sekam 100%, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai meter pH (khas untuk "soil" - bukan untuk cecair) bagi mengukur bacaan pH media yang kita gunakan, lebih-lebih lagi jika terdapat pokok yang terbantut atau mengalami masalah pertumbuhan samada sebahagian kecil atau pada keseluruhan tanaman.

Mungkin juga lebih elok kita membuat percubaan pelbagai jenis media atau nisbah campuran media pada plot kecil sekitar 100 pokok bagi memastikan media mana yang lebih baik untuk digunakan pada ladang, tanpa mengambil risiko menukar jenis media pada keseluruhan tanaman ladang.

Ahad, 19 Oktober 2008

Polibeg Putih vs Hitam

Biasanya polibeg yang digunakan adalah bersaiz 16cm X 16cm berwarna putih. Pastikan polibeg ini adalah jenis UV dan boleh "stretch" apabila ditarik, sekiranya tidak boleh "stretch" ia adalah dari jenis yang mudah reput jika digunakan ditanah rendah.

Untuk lebih ekonomi boleh guna polibeg hitam untuk

tanaman terbuka. Ianya telah terbukti tidak memberi apa-apa masalah kepada pokok.

Sekiranya anda ragu-ragu anda boleh menggunakan sebahagian polibeg putih dan sebahagian lagi polibeg hitam dan lihat jika anda boleh kesan perbezaannya pada tumbesaran pokok dengan mata kasar anda diantara polibeg putih dan hitam..

Jumaat, 19 September 2008

Media Tanaman

Media tanaman yang biasa digunakan

100% habuk sabut kelapa (cocopeat) - 1 guni purata 5 polibeg 16cm X 16cm

4:1 - 4 guni cocopeat : 1 guni sekam padi bakar - purata 20-22 polibeg 16cm X 16cm


3:1 - 3 guni cocopeat : 1 guni sekam padi bakar - purata 18-20 polibeg 16cm X 16cm

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.