rss

Paparan terbaik gunakan Firefox

Ubah Font Catatan Disini


Kumpulan Google
Pengairan Titis dan Fertigasi
Status Aktiviti :Rendah Lawati kumpulan ini



Hubungi Admin Blog:



»»  lihat 10 catatan terbaru...

Cemperai - Suapan Blog Baru

Memaparkan catatan dengan label Pemasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemasaran. Papar semua catatan

Ahad, 2 Ogos 2009

Tak kenal maka tak cinta

Pada mulanya agak susah untuk memperkenalkan Cili Padi Semerah 704 ini dipasaran tempatan. Ada yang mengatakan buah Cili Padi Semerah 704 ini kelihatan keras, ada juga yang mengatakan ianya seperti Cili Pahang (saya tak tahu lagi apa itu Cili Pahang).

Oleh kerana kekurangan bekalan Cili Padi dikawasan setempat maka ramai juga yang ingin mencuba Cili Padi Semerah 704 ini. Harga jualan, ada yang tawar menawar harga pada RM12 dan RM13 sekilo. Lebih digemari jika buah masak dan muda dicampurkan.


Kini, mereka yang pada mulanya menolak untuk membeli Cili Padi Semerah 704 ini akhirnya akur dengan kepedasan cili padi ini, kalau dulunya mereka menggunakan cili padi pada kadar yang banyak, kini mereka menggunakan cili padi pada kuantiti yang sedikit bagi kepedasan yang sama untuk sesuatu jenis masakan mereka. Sebenarnya mereka turut berjimat dengan kadar penggunaan cili padi yang lebih sedikit berbanding dahulu jika diukur dalam gram atau KG.

Namun begitu penggunaan cili padi dalam masakan tempatan memang tidak dapat dielakkan kerana kebanyakkan menu menggunakan cili padi termasuklah sambal.

Kini sambutan semakin baik dan Cili Padi Semerah 704 ini semakin digemari dan boleh diterima oleh penduduk setempat yang begitu cerewet dalam pemilihan cili padi yang sesuai untuk menjamin keenakan masakan mereka. Kini telah mula mendapat tempahan untuk kenduri dikawasan setempat antara 1-5KG. Malah ada peniaga yang menawarkan untuk membeli semua hasil tuaian.

Kesimpulannya untuk pasaran tempatan Negeri Sembilan memang mempunyai potensi yang tinggi bagi Cili Padi Semerah 704 ini.

Kini sudah sebulan berlalu harga Cili Padi Semerah 704 ini masih tidak berganjak, RM13/KG dipasaran tempatan.

Manakala di Selangor harga Cili Padi Semerah 704 ini sekilo diantara RM8- RM10.


Jumaat, 29 Mei 2009

Untung atau Jualan

Keliru antara untung dan jualan. Untung pada saya bermaksud jumlah bersih hasil jualan selepas ditolak dengan kos operasi termasuk gaji pekerja, baja, racun, bil serta lain-lain kos berkaitan.

Oleh itu ramai diantara mereka yang baru berjinak-jinak serta ingin menceburi bidang pertanian secara Teknologi Fertigasi ini agak "kurang periksa" maksud sebenar "untung" dan "jualan".

Biasanya kita akan disogokkan dengan contoh pengiraaan seperti berikut:

Jumlah pokok 1000 X hasil purata 3kg sepokok X RM4.00 sekilo = RM12,000.00 Atau jumlah pokok yang lebih banyak. Tetapi berapakah kos operasi dan lain-lain kos hangus yang perlu ditolak dari jumlah RM12,000.00 itu. Perlu diingat bahawa jumlah RM12,000.00 tersebut adalah jumlah jualan dan bukannya jumlah keuntungan.


Tidak dinafikan
pertanian Teknologi Fertigasi ini memberikan pulangan yang tinggi, namun begitu banyak perkara harus dikaji dan diteliti sebelum mebuat pelaburan yang besar.

Bagi skala kecil seperti 1000 pokok ianya boleh dijalankan secara separuh masa dan bukan untuk dijadikan sumber pendapatan utama. Ini perlu diambil perhatian sebelum kita mengeluarkan kos permulaan sekitar RM10,000.00 - RM15,000.00 untuk menyiapkan sepenuhnya ladang mini berjumlah 1000 pokok.

Bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana jumlah wang tersebut adalah tinggi. Oleh itu kita perlu lebih berhati-hati dalam mebuat keputusan sebelum membuat keputusan. Jika kita bersedia mengorbankan wang tersebut untuk tujuan percubaan atau hobi yang tidak mengharapkan pulangan, maka untung tidaklah menjadi persoalan.

Namun bagi mereka yang ingin menjadikan bidang ini sebagai satu sumber pendapatan adalah disarankan jangan terburu-buru membuat keputusan untuk mengusahakan jumlah pokok yang tinggi. Lebih elok dilakukan secara kecil-kecilan (sila rujuk Test Bed @ Tapak Eksperimen) sebagai percubaan. Juga perlu diambil kira kos operasi musim kedua serta musim berikutnya sekiranya musim pertama gagal atau harga jualan jatuh dibawah dari harga jangkaan. Lebih elok jika ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang termasuk perancangan pemasaran.

Ahad, 5 April 2009

Pengusaha Fertigasi yang Keliru

Saya telah menerima lawatan dari pengusaha fetigasi, dimana beliau mempunyai plot tanaman melebihi 1000 pokok dan pada masa ini beliau mengusahakan hanya 150 pokok untuk percubaan cili kulai (jenis kurang pasti).

Menurut beliau, ada diantara pelawat yang datang ketempat beliau telah memberikan pandangan mereka masing-masing yang mana banyak berbeza daripada amalan fertigasi yang beliau pelajari. Oleh itu beliau kini keliru, bagaimanakah sebenarnya harus beliau lakukan untuk menlaksanakan tanaman fertigasi bagi keseluruhan plot tanaman beliau.



Selain daripada nasihat yang mengelirukan, beliau juga menghadapi persaingan dimana kini ditempat beliau telah ramai pengusaha fertigasi bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. malah ada yang dikhabarkan akan mengusahakan ladang fertigasi mencecah 70,000 hingga 80,000 pokok.

Kini timbul soalan bagaimana hendak memasarkan hasil tuaian cili sekiranya semua pengusaha memasarkan ditempat yang sama.

Pada pendapat saya adalah wajar bagi pengusaha kecil menghantar hasil tuaian mereka dikawasan sekitar. Sekiranya berlaku lebihan stok ini akan menimbulkan masalah. Diantara langkah yang boleh diambil ialah, berpakat sesama pengusaha fertigasi setempat berkenaan jadual penanaman serta jadual tuaian serta oleh memilih untuk memasrkan buah hijau atau merah. Ini boleh membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah pemasaran.

Manakala bagi pengusaha ladang fertigasi yang besar mereka bolehlah memasarkan hasil tuaian mereka di pasar borong besar, walaupun agak jauh dari ladang mereka namun hasil tuaian yang yang diperolehi adalah pada jumlah yang tinggi maka tidak memberi kesan kepada kos pengangkutan secara amnya. Saya percaya adalah tangungjawab yan gharus diambil oleh pengusaha fertigasi yang memiliki ladang yang besar, dimana pasaran mereka adalah lebih luas berbanding pengusaha fertigasi kecil-kecilan.

Jika ini dapat dilakukan, masalah pemasaran tidak lagi menjadi masalah yang merunsingkan pengusha fertigasi kecil-kecilan.

Pasaran dalam negeri masih begitu luas, cuma kita yang kekurangan ilmu bagaimana untuk mengatasinya dengan cara yang betul. Kalau tidak mengapa cili masih diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan.

Saya bukanlah pakar dalam bidang pemasaran, namun begitu saya pasti ia boleh diatasi. Diantara lain kita juga boleh bertukar dari tanaman cili merah kepada tanaman cili padi semerah sebgai contoh atau kepada tanaman timun dan lain-lain tanaman lagi. Ini juga boleh mengurangkan persaingan untuk pemasaran setempat.

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.