rss

Paparan terbaik gunakan Firefox

Ubah Font Catatan Disini


Kumpulan Google
Pengairan Titis dan Fertigasi
Status Aktiviti :Rendah Lawati kumpulan ini



Hubungi Admin Blog:



»»  lihat 10 catatan terbaru...

Cemperai - Suapan Blog Baru

Memaparkan catatan dengan label Pengenalan Pengairan Titis Dan Fertigasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengenalan Pengairan Titis Dan Fertigasi. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2009

Fertigasi

Sistem Pengairan Titis adalah merupakan sistem utama kepada Sistem Fertigasi, pecahan daripada Sistem CHEMIGATION.

Sistem Fertigasi amat sesuai digunakan untuk tanaman sayuran\buah seperti cili, tomato, melon dan timun. Dimana tanaman ditanam didalam pasu atau polibeg dengan menggunakan media tanaman yang sesuai selain dari tanah.

Bagi benih cili dan tomato perlu disemai ke media semaian terlebih dahulu sebelum dipindahkan kedalam pasu atau polibeg manakala benih seperti timun boleh disemai terus ke

media tanaman.

Perkataan FERTIGATION (Fertigasi) berasal daripada gabungan perkataan FERTILIZATION (pembajaan) dan IRRIGATION (pengairan), iaitu satu kaedah dimana baja mudah larut air (water soluble) dicampurkan kedalam sistem pengairan titis dan dihantar terus kepada zon pengakaran pokok bagi mempercepatkan pertumbuhan tanaman serta hasil tuaian yang tinggi. Biasanya baja fertigasi dinamakan baja A dan B, selain dari itu terdapat juga set asid dan alkali yang digunakan untuk membetulkan PH air, bagi air paip set asid dan alkali adalah tidak diperlukan.

Sistem Fertigasi membolehkan penggunaan baja yang cekap sehingga 85% berbanding kaedah pembajaan secara tabur iaitu 30% sahaja. Dan hasil tuaian mencecah sehingga 700% bagi yang menggunakan (SPT/SPH) struktur pelindung (rumah) tanaman / hujan.

Komponen utama sistem pengairan titis DIY

Komponen utama sistem pengairan titis DIY untuk skala besar seperti 1000 pokok pada dasarnya perbezaan utama adalah pada kuasa pam, saiz tangki, saiz paip utama, penapis dan lain-lain perbezaan kecil pada kemasan (fittings) paip poly yang menggunakan poly 32mm atau 50mm serta menggunakan sub paip atau paip lateral 16mm selain kemasan (fittings) yang lain.

Bagi sistem untuk kurang dari 100 pokok ia hanya menggunakan paip poly 16mm, kemasan (fittings) yang lain.

Komponen Utama untuk sistem skala kecil seperi

kegunaan halaman rumah yang menggunakan penitis yang berjumlah sekitar 100 sahaja adalah sperti berikut:

- Timer digunakan untuk set masa menyiram ( untuk kawalan bekalan kuasa pam - on\off)
- Pam air mengunakan pam akuarium (untuk sistem skala kecil sehingga 100 pokok dengan pemilihan kuasa pam serta layout sambungan yang sesuai)
- Untuk skala 10 pokok boleh mengunakan injap solenoid bagi menggantikan pam dan sumber air diambil terus dari paip air yang disambungkan terus dari meter untuk mendapatkan tekanan yang tinggi, tidak sesuai jika tekanan air rendah.
- Tong\tangki air berkapasiti sesuai mengikut bilangan penitis (dripper) dan jumlah air yang diperlukan untuk sekali siraman
- Paip poly 16mm, menghantar air dari pam ke mikro tiub 4mm, perlu ditebuk dengan penebuk lubang khas khas untuk memasukkan nipple @ start join
- Nipple@ start join (single, double, quad) salah satu hujung, dimasukkan kedalam lubang yang telah ditebuk pada tiub poly 16mm ( tidak boleh terbalik pasang) dan lagi satu hujung disambungkan kepada tiub mikro 4mm
- Mikro tube @ spaghetti tube 4mm (4/6mm), ada juga yang menggunakan 3/4mm menyambungkan nipple @ start join kepada penitis (dripper)
- Penitis @ dripper (PC \ non-PC), dipacak atau diletakan sahaja pada tanah dalam bekas tanaman pada zon pengakaran (aliran air adalah sememangnya menitis secara perlahan, aliran air menjadi laju sekiranya kuasa pam ditingkatkan, atau aliran air akan menjadi lebih perlahan jika penitis ditambah). Untuk mengurangkan risiko penitis tersumbat aliran air yang sederhana laju diperlukan, namun penitis perlu diperiksa dicuci sebulan sekali atau apabila perlu ie; apabila ada pokok yang kelihatan layu berbanding pokok lain, ini adalah tanda-tanda penitis dripper tersumbat samada separa tersumbat atau tersumbat penuh.
- Injap @ quick action valve, dipasang untuk mematikan sambungan air jika perlu
- Penyambung poly 16mm lurus , Tee dan elbow digunakan untuk menyambung dan membentuk sambungan tiub poly 16mm pada sistem pam dan tong\tangki air serta membentuk layout mengikut keperluan taman anda.
- Tong baja sekiranya menggunakan sistem pengairan titis sebagai sistem fertigasi
- keperluan lain: punca bekalan air masuk ke tong\tangki air dan punca bekalan elektrik tersedia.
- Opsyen: Kawalan automatik paras air bagi mematikan pam apabila air didalam tong telah kering, membuka injap air masuk dan menghidupkam semula pam, ini berjuan menghalang dari pam menjadi panas serta rosak akibat daripad pam beroperasi ketika air telah kering. Sesuai untuk tankgi air yang besar ie; 100Gelen. Memerlukan pengetahuan teknikal untuk membuat sedikit perubahan pendawain sistem pam. Kepada "beginners" dapatkan perkhidmatan pemasangan daripada mereka yang layak.

Pengairan Titis

Sistem Pengairan Titis adalah merupakan kaedah pengairan yang paling berkesan setakat ini berbanding Sistem Sprinkler, ada yang menggunakan sistem pengairan kaedah ini untuk pengairan ladang buah-buahan seperti belimbing besi dan lain-lain

lagi termasuk tanaman bunga dan juga landskap.

Ssitem pengairan titis adalah asas kepada sistem fertigasi.

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.