rss

Paparan terbaik gunakan Firefox

Ubah Font Catatan Disini


Kumpulan Google
Pengairan Titis dan Fertigasi
Status Aktiviti :Rendah Lawati kumpulan ini



Hubungi Admin Blog:



»»  lihat 10 catatan terbaru...

Cemperai - Suapan Blog Baru

Memaparkan catatan dengan label Air Siraman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air Siraman. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2009

Tanda-tanda kekurangan air

Antara tanda-tanda kekurangan air yang berlaku pada tanaman ialah daun kelihatan layu sehingga daun kelihatan "jatuh" dan tidak segar malah kelihatan "lembut" dan tidak berkilat serta berwarna pudar. Secara amnya boleh dilihat pada tanaman yang berdaun lembut seperti cili, delima, puding , pegaga dan lain-lain lagi yang ditanam didalam bekas tanaman.

Kekurangan air yang agak teruk boleh menyebabkan bunga gugur, namaun ada pendapat mengatakan untuk bagi pokok stress ialah dengan mengurankan sedikit air pada waktu tengah hari supaya pokok boleh mengeluarkan hasil dengan

lebih banyak namun sejauh mana kebenaranya tidak dapat dipastikan.

Sementara baja tetap diperlukan untuk menyuburkan tanaman serta membantu pertumbuhan yang lebih cepat. Baja adalah amat penting bagi menentukan kesuburan serta hasil bagi tanaman sayuran atau buah-buahan berbanding tanaman hiasan.

Ada diantara tanaman yang telah layu teruk pucuknya, walaupun disiram semula, ia tetap memberi kesan samada pucuk itu mati atau terbantut dan menyebabkan bunga gugur atau buah muda menjadi rosak. Kekurangan air juga boleh mengakibatkan akar (akar yang muda) yang masih berwarna putih menjadi rosak serta mengakibatkan daya serapan air dan baja / nutrien berkurangan yang mana turut melambatkan pertumbuhan tanaman serta membari kesan pada hasil tuaian.

Tips am dan jumlah air untuk pasu dan polibeg

Tips am pengairan titis untuk pasu dan polibeg:

- pokok jangan layu

- air tidak keluar dari bahagian bawah pasu atau polibeg

- media tanaman hanya perlu dialirkan air sekadar cukup untuk melembabkan media dan bukan untuk membasahkan media pada kadar yang berlebihan, air dapat dijimatkan.

- perlu disiram semula apabila media telah mula kering (set timer untuk menghidupkan pam beberapa kali sehari, bergantung pada keputusan ujian air diatas, mengikut keperluan pokok tanaman serta jenis penitis @ dripper)



- Ini berpandukan saiz polibeg 15 x15 cm atau 16 x 16cm, atau isi kandungan pasu yang sama denganya untuk tanaman secara fertigasi, siraman 5 atau 6 kali sehari (menggunakan media tanaman bukan dari campuran tanah) diperlukan semua penitis yang digunakan mestilah dari jenis yang sama kerana saiz polibeg yang digunakan adalah sama bagi semua pokok.

-Siraman dilakukan pada jangka masa yang singkat selama hanya beberapa minit bagi setiap kali siraman dan siraman akan diulangi untuk beberapa kali pada waktu siang hari sahaja. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan Timer yang boleh diprogram untuk mengawal bekalan kuasa pam sama ada on atau off. Biasanya timer elktronik digital digunakan dengan keupayaan 8 program on\off serta jarak minima diantara on dan off adalah 1 minit.

Cadangan jadual siraman

Jadual siraman yang dicadangkan:

Utk 2 kali siraman : 7 pg dan 5ptg
Utk 3 kali siraman: 7pg,11pg, 5ptg
Utk 4 kali siraman 7pg,11pg,4ptg dan 5ptg
Utk 5 kali siraman 7pg,10pg,11pg,4ptg dan 5ptg
Utk 6 kali siraman 7pg,10pg,11pg,3ptg, 4ptg dan 5ptg
Utk 7 kali siraman 7pg,10pg,11pg,12thg,3ptg, 4ptg dan 5ptg
Utk 8 kali siraman 7pg,10pg,11pg,12thg,2ptg,3ptg, 4ptg dan 5ptg

Jadual boleh diubah mengikut keperluan kerana siraman boleh dilakukan diantara

pukul 7pg hingga 5 ptg.Jumlah air dan baja amat kritikal untuk aplikasi Fertigasi kerana ia memberi kesan terhadap tuaian hasil. Bagi sistem pengairan titis untuk tanaman hiasan ianya tidaklah begitu kritikal asalkan pokok tidak layu atau hujung daun tidak menjadi kering, namun ianya tetap memberi kesan kepada bil air anda pada setiap hujung bulan.Pembaziran harus dielakkan, kerana tujuan pengairan titis adalah juga menggunakan air dengan berkesan dan mengelakan pembaziran air, begitu juga dengan sistem fertigasi.Sekiranya anda ingin menjimatkan air hanya ada satu cara, iaitu mengurangkan jumlah tanaman hiasan dan bukannya mengurangkan jumlah air siraman. Tanaman boleh hidup tanpa baja walaupun tidak cantik tetapi pokok tidak dapat hidup tanpa air.

Set Timer untuk menghidupkan pam air

Lanjutan daripada cara mengukur jumlah air yang dialirkan maka timer perlu diset untuk menghidupkan pam beberapa kali sehari ie; 10 minit sebanyak 3 kali sehari = 30 minitatau 8 minit sebanyak 4 kali sehari = =32 minit (hampir dengan 30 minit)atau 5 minit sebanyak 6 kali sehari. = 30 minitAtau 4 minit sebanyak 8 kali sehari (8 kali adalah program maksima bagi timer) =32 minit (hampir dengan 30 minit)

Namun begitu untuk mengetahui bagaimana menentukan jumlah masa satu kali siram yang paling sesuai adalah pokok tidak layu pada tengah hari yang panas dan air tidak mengalir keluar dari bahagian bawah bekas tanaman – jika sedikit

lembab tidak mengapa jangan terlalu basah kerana pembaziran air telah berlaku.

Orang kata jangan siram pokok pada waktu panas, adakah itu benar? Bagi media tanaman ynag tidak menggunakan tanah ie; untuk system fertigasi tidak menjadi masalah ie; campuran cocopeat dan sekam atau cocopeat sahaja tidak menjadi masalah.

Jadual siraman system fertigasi adalah 5 – 6 kali sehari, diantara 7 pagi hingga 5 petang mengikut peringkat umur tanaman serta jumlah air yang diperlukan sehari, jumlah air berbeza mengikut peringkat umur dan adalah kritikal untuk system fertigasi – memang menjadi lumrah siraman dilakukan sewaktu tengah hari panas untuk sistem fertigasi mengikut jadual siraman yang telah ditetapkan.

Saya juga telah mengujinya cara siraman titis yang dikawal oleh timer keatas dua pokok cili yang ditanam didalam polibeg yang sememangnya layu diwaktu tengah hari kerana kekurangan air, dengan jadual siraman 5 kali sehari pokok cili tersebut hidup begitu segar berbanding dengan siraman manual yang tidak mengikut jadual. Maka tidak timbul persoalan pokok mati jika disiram pada waktu panas, sekiranya menggunakan kaedah siraman manual perkara tersebut boleh diterima pakai dengan siraman automatik pengairan titis yang berjadual ianya tidak menjadi masalah.

Untuk memprogramkan Timer perlu mengikut aturan seperti yang terdapat pada manual Timer yang dibekalkan.

Cara mengukur jumlah air yang dialirkan

Jumlah air yang keluar dari penitis perlu diukur setelah pemasangan semua penitis telah siap dilakukan bagi menentukan masa siraman sebenar yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan, ini dipengaruhi oleh jumlah penitis yang digunakan, tekanan yang dihasilkan oleh pam untuk penitis non-PC, manakala untuk penitis jenis PC adalah perlu untuk memastikan tekanan berada didalam julat yang dibenarkan dengan jumlah 2LPH @ 33ml seminit, juga jarak panjang paip poly 16mm, manakala bagi sistem yang besar ia turut menggunakan paip utama berzaiz 32mm atau 50mm, ini juga turut memberi kesan.Cara mengukur jumlah air ialah dengan memasukan beberapa dripper kedalam bekas

kosong berasingan ie; botol dan hidupkan pam menggunakan timer bagi mengalirkan air selama 10 minit, tuangkan air tersebut kedalam satu bekas dan ukur jumlah keseluruhan air tersebut dengan jag yang berskala seperti jag sukatan cecair untuk membuat kuih, jumlah itu kemudian dibahagi dengan jumlah dripper, ie; jumlah air untuk 2 dripper ialah 660ml, jadi jumlah aliran air satu dripper ialah 660/2 =330ml dan dibahagi dengan jumlah masa iaitu 10 minit maka 330/10 = 33ml seminit, Jika tanaman perlu disiram air sebanyak 1 liter sehari maka 1000ml/33 = 30 minit.

Pengaliran Air

Air akan dialirkan dengan tekanan pam dan akan keluar pada penitis melalui paip poly 16mm terus ke mikro tiub 4mm dengan kadar 2 liter sejam atau bersamaan lebih kurang 33ml seminit bagi setiap penitis yang menggunakan penitis 2LPH PC (2 liter per hour pressure compensate), jika pam dibiarkan "on" selama satu jam jumlah aliran air yang keluar adalah pada kadar sebanyak 2 liter pada julat tekanan tertentu dalam unit PSI.Jumlah aliran air tetap sama sekiranya tekanan pam berubah dan masih berada didalam julat yang dibenarkan. Sekiranya tanaman perlu disiram sebanyak 1 liter sehari, pam perlu dihidupkan ie; selama 10 minit sebanyak 3 kali atau selama 5 minit sebanyak 6 kali atau tanaman perlu disiram sebanyak

2 liter sehari, pam perlu dihidupkan selama 20 minit sebanyak 3 kali atau selama 10 minit sebanyak 6 kali. Lebih elok disiram sedikit tapi berulang kali supaya penggunaan air adalah optimum dan air tidak dibazirkan.

Tanda pembaziran air ialah apabila air keluar dari bahagian bawah bekas tanaman.Sekiranya menggunakan penitis non-PC (none pressure compensate), jumlah air yang dialirkan keluar pada penitis begantung kepada tekanan yang dihasilkan oleh pam, walaupun berlaku sedikit perubahan tekanan pada pam, ini sangat mempengaruhi jumlah aliran air yang keluar pada penitis.

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.