rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Khamis, 18 Februari 2010

Pandangan Panorama Ladang Mini 1200 Pokok

Gambar pada catatan ini adalah gambar lama musim pertama Semerah 704. Gambar diambil ketika buah telah mula merah pada usia sekitar 2 bulan lebih. Saiz pokok tidak begitu besar kerana menggunakan baja cair. Pada ketika ini bunga baru terhenti seketika, selepas beberapa minggu bunga baru keluar semula dengan banyak.

Saya rasa terpanggil untuk edit gambar menggunakan Adobe Photoshop CS4 diatas pertanyaan berkenaan ladang saya. Kebetulan saya mempunyai beberapa keping gambar yang sesuai untuk dicantumkan menjadi pandangan Panorama. Kepada mereka yang ingin mencuba mencantumkan beberapa keping gambar boleh buat dengan mudah sekali menggunakan Adobe Photoshop CS4:

pergi ke Menu File, pilih Automate, pilih Photomerge dan ikut arahan/pilihan seterusnya

Sila klik baca lagi... untuk artikel penuh.


Untuk makluman mereka yang berminat dan ingin mengusahakan tanaman Cili Fertigasi perlu ambil perhatian:
- kaji dahulu pasaran yang anda ingin tembusi
- cuba jimat kos dimana perlu seperti beli tangki air terpakai
- tiang pagar boleh guna kayu-kayu yang ditebang atau kayu terpakai
- tiang bangsal boleh guna kayu terpakai
- dan lain-lain penjimatan yang boleh diusahakan
- jangan asyik nak upah orang dalam semua perkara kerana ia adalah satu tindakan yang merugikan, cuba dulu buat mana yang boleh termasuk kerja setup ladang, tangki, pam, paip dripper, semai benih, penjagaan, meracun, memetik dll
- dapatkan sebut harga dari 2 atau 3 pembekal sebelum membuat pembelian
- memasarkan sendiri hasil ladang lebih baik

Apa yang penting adalah ladang tersebut boleh beroperasi secara praktikal termasuk mempunyai tekanan air yang bersesuaian mengikut rekabentuk ladang. Dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman berkenaan reka bentuk ladang serta kapasiti pam.

Kepada mereka yang ingin menceburkan diri serta menjadikan Cili Fertigasi sebagai sumber pendapatan perlu diingat bahawa:
Kesilapan Adalah Kaedah Pembelajaran Termahal Bagi Pengusaha Kecil-kecilan

Pengusaha kecil-kecilan biasanya tiada penaja atau dana tambahan yang banyak, sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau serangan penyakit yang teruk maka akan berlaku kerugian dan berkemungkinan boleh tutup ladang. Secara praktikal perkara ini sememangnya berlaku.

Cuba bayangkan kita perabih semua wang yang ada atau mungkin buat pinjaman kata orang "all out" tapi apabila kita telah satu musim berlalu kita dapati ianya adalah satu kesilapan yang amat besar dalam membuat keputusan untuk menceburi bidang ini. Pastikan ia tidak berlaku pada anda.

Sekiranya berlaku kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana kesilapan kita samada kurang mahir dalam kerja praktikal, kawalan penyakit, pemasaran atau pun berbelanja terlalu besar untuk ladang yang kecil. Atau juga mungkin termakan kata-kata rakan atau jurujual.

Sudah menjadi lumrah penuntut IPTA/IPTS samada Diploma atau Ijazah mereka akan melakukan praktikal terlebih dahulu bertujuan mendapatkan serba sedikit pengalaman kerja. Juga bagi mereka yang menuntut di Institusi Kemahiran. Bagaimana pula kita? Sudahkah ilmu penuh didada hanya dengan menghadiri 2 atau 3 Kursus Fertigasi? Perlukah kita buat kerja-kerja praktikal dimana-mana ladang fertigasi terlebih dahulu? Urut dada dan tanya tuan punya badan.

Bukan niat untuk mematahkan semangat tetapi niat untuk membuka minda.

Dengan rasa rendah dirinya berikut adalah gambarnya...











From Semerah 704 - Panorama







Panorama Pokok 1












From Semerah 704 - Panorama







Panorama Pokok 2













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Pokok 3













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Kiri- Tepi pagar kiri tu ada yang tak pasang silvershine.













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Tengah













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Tengah Kanan. Sistem Pam berada lebih kurang 100 meter

(kat rumah yang nampak bumbung tu - rumah Pak Saudara)













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Kanan


Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.