rss

Paparan terbaik gunakan Firefox

Ubah Font Catatan Disini


Kumpulan Google
Pengairan Titis dan Fertigasi
Status Aktiviti :Rendah Lawati kumpulan ini



Hubungi Admin Blog:



»»  lihat 10 catatan terbaru...

Cemperai - Suapan Blog Baru

Memaparkan catatan dengan label Peralatan Pengairan Titis Dan Fertigasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peralatan Pengairan Titis Dan Fertigasi. Papar semua catatan

Khamis, 27 November 2008

Dripper





A = Arrow Dripper Lurus
B = Arrow Dripper Bengkok
C = Arrow Direct Dripper Lurus
D = Arrow Direct Dripper Bengkok

Jenis-jenis dripper yang biasa digunakan adalah Arrwow Dripper Bangkok dan Arrow Dripper Lurus untuk sistem fertigasi.
Dripper lurus juga boleh digunakan untuk

fertigasi tetapi sistem pam perlulah dipertingkatkan kuasa ie; kepada 7.5HP seperti yang digunakan oleh MARDI Cameron Highland. Adakah berbaloi untuk kita meggunakan pam 7.5HP yang berharga lebih dari RM5000 untuk ladang fertigasi?

Untuk sistem fertigasi biasa saya mencadangkan untuk menggunakan Arrow Dripper Lurus kerana ia tidak memerlukan tekanan yang tinggi. Sesuai untuk ladang fertigasi dan juga untuk fertigasi mini yang menggunakan pam akuarium. Ini kerana air yang keluar lebih banyak dan masa siraman yang diperlukan adalah lebih singkat berbanding Arrow Dripper bengkok, ini adalah kerana Arrow Dripper Bengkok adalah dari jenis "Pressure Compensate" atau PC.


Arrow Dripper Lurus - air keluar memancut jika tekanan tinggi, keluar meleleh pada tekanan rendah, secara amnya aliran air lebih laju dari Arrow Dripper Bengkok pada tekanan yang dihasilkan oleh pam air yang sama dan telah diuji pada jumlah 1100 unit dripper bagi kedua dua jenis dripper, masa siraman lebih pendek iaitu pada kadar 2/3 dari masa siraman Arrow Dripper Bengkok. Juga telah diuji pada Sistem Fertigasi Mini 20 unit dripper dengan menggunakan pam akuarium 5W. Jika tekanan terlalu tinggi microtube 3/5mm atau 4/6mm juga boleh tercabut dari dripper ini. Dripper jenis ini adalah dari "Non-compensating" dan boleh beroperasi pada tekanan antara 15 PSI (Pounds per square inch) dan 25 PSI.


Arrow Dripper Bengkok - jika menggunakan microtube lembut 4/6mm, tidak cukup ketat, maka dripper boleh tercabut terutama pada musim kedua dan seterusnya. Begitu juga microtube 3/5mm, tidak juga boleh bertahan dari masalah tercabut sekiranya tekanan air sangat tinggi. Dripper jenis PC ini kebiasaanya berupaya menitiskan air pada kadar 2LPH (Liter Per Hour)atau 0.6GPH (Gallon Per Hour) atau juga dikenali sebagai "1/2GPH") pada tekanan antara 10 PSI dan 55 PSI.

Sememangnya terdapat pra-set Pressure Regulator untuk tekanan seperti yang dinyatakan diatas, dipasaran luar negara - Online (pasaran tempatan tidak pasti). Namun begitu terdapat juga Pressure Regulator boleh laras tetapi kosnya adalah mahal.

Jumaat, 21 November 2008

Tangki air 600 Gelen Standard

Tangki air standard boleh menampung air sebanyak 600 Gelen (US) bersamaan 2271 Liter.

Bagi pokok yang menggunakan polibeg atau pasu yang bersaiz kecil mungkin memadai dengan siraman antara 1.5 liter – 2.0liter sehari bagi pokok dewasa manakala bagi polibeg atau pasu yang bersaiz lebih besar mungkin memerlukan siraman antara 2.0 liter – 2.5 liter bagi pokok dewasa. Namun begitu ia turut bergantung kepada jenis media tanaman yang digunakan.

Sekiranya kita ambil kira siraman sebanyak 1.5 liter untuk

satu pokok sehari maka bagi satu tangki air bersaiz 600 gelen @ 2271 liter boleh membekalkan air untuk siraman sehari kepada 1514 pokok cili dewasa. Mengambil kira jumlah air minima 70 liter bagi air yang berada pada dasar tangki yang mungkin tidak boleh disedut oleh pam serta pembaziran air yang berlaku akibat dripper tercabut dari microtube maka jumlah yang boleh dianggap ideal adalah 1500 pokok.

Sekiranya kita ambil kira siraman sebanyak 2.0 liter untuk satu pokok seharai maka bagi satu tangki air bersaiz 600 gelen @ 2271 liter boleh membekalkan air untuk siraman sehari kepada 1135 pokok cili dewasa. Mengambil kira jumlah air yang berada pada dasar tangki yang mungkin tidak boleh disedut oleh pam serta pembaziran air yang berlaku akibat dripper tercabut dari microtube maka jumlah yang boleh dianggap ideal adalah 1100 pokok sahaja.


Sekiranya kita ambil kira siraman sebanyak 2.5 liter untuk satu pokok seharai maka bagi satu tangki air bersaiz 600 gelen @ 2271 liter boleh membekalkan air untuk siraman sehari kepada 908 pokok cili dewasa. Mengambil kira jumlah air air yang berada pada dasar tangki yang mungkin tidak boleh disedut oleh pam serta pembaziran air yang berlaku akibat dripper tercabut dari microtube maka jumlah yang boleh dianggap ideal adalah 900 pokok sahaja.

Kita harus memastikan jumlah air yang diperlukan adalah bertepatan dengan jumlah pokok yang bergantung pada saiz polibeg dan keupayaan media tanaman menyimpan air serta saiz tangki yang bersesuaian. Sekiranya pokok terlalu banyak dan tangki bersaiz kecil ini akan mengakibatkan kekurangan air untuk siraman, ini boleh menyebabkan pokok menjadi layu dan tidak berupaya menghasilkan buah seperti yang diharapkan.

Ahad, 9 November 2008

Dripper Tersumbat

Bagi ladang Fertigasi, dripper tersumbat merupakan perkara biasa. Cara bagi memeriksa dripper tersumbat ialah dengan memerhatikan keadaan pokok pada waktu tengah hari yang panas.

Sekiranya pokok itu layu lebih dari pokok yang lain ini menunjukan dripper tersumbat, jika tersumbat sepenuhnya pokok akan terus layu dan daun akan terus kering dan pokok akan mati, tetapi sekiranya separuh tersumbat maka pokok akan terbantut serta layu setiap kali cuaca panas.

Antara penyebab utama dripper tersumbat adalah mendakkan bahan baja yang mengeras dan menjadi seperti butiran pasir, air keluar pada kadar

perlahan atau terhenti. Penyelesaian amat mudah hanya cabut dripper dan pastikan air mengalir laju dan masukan semula dripper (cuci jika perlu) ke microtube.

Ada kes nipper pula yang tersumbat, semasa pam beroperasi - cabut dripper periksa kelajuan air dan bandingkan dengan dripper bersebelahan, jika air perlahan, cabut nipper dan tiup dari arah berlawanan, jika angin yang keluar laju maka masalah tersumbat selesai, kalau angin bergerak perlahan samada nipper tersumbat atau selaput pada bahagian dalam microtube terlalu tebal, tiup sekuat hati dari kedua hujung beberapa kali, sekiranya angin keluar dengan laju masalah tersumbat selesai, masukan semula nipper pada paip 16mm dan periksa kelajuan air pada microtube dan dripper.

Sebab lain, keladak daripada bahan baja seumpama lendir ataupun kelihatan seperti hingus (ikut pengalaman warna putih untuk set fertigasi mini dan warna hitam untuk ladang fertigasi) akan menyelaputi microtube, air keluar pada kadar perlahan atau terhenti.


Penyelesaian:

Set Fertigasi Mini

Semasa pam beroperasi cabut dripper dan picit microtube dari pangkal ( berdekatan poly 16mm) dan lepaskan, picit lagi microtube pada jarak 1 inci dan ulangi sehingga sampai pada penghujung microtube ( tempat dripper ) pastikan air mengalir laju jika tidak ulangi langkah diatas sekali lagi, biasanya jika tersumbat seperti ini lendir atau selaput akan keluar kelihatan seperti hingus berwarna putih\perang dan masukkan semula dripper (cuci jika perlu) ke microtube.

Ladang Fertigasi

Semasa pam beroperasi, cabut dripper, oleh kerana tekanan yang tinggi, biasanya lendir berwarna hitam akan keluar dan biarkan untuk beberapa saat, masukkan dripper dan cabut kembali dripper, ulangi proses ini untuk beberapa kali walaupun air keluar pada kadar yang laju, ini adalah bagi memastikan semua kotoran dalam microtube keluar.

Masalah microtube tersumbat\berlendir pada bahagian dalam kerapkali terjadi pada microtube bersaiz 4/6mm (lembut dan tidak berkilat) manakala pada microtube 3/5 (keras dan berkilat) kes seperti ini lebih rendah.

Musim Kedua:

Bagi memastikan tiada masalah Dripper tersumbat pada musimkedua, maka lebih baik kita lakukan penyengaraan dripper. Lebih baik jika ada tenaga kerja yang lebih sebagai contoh 4 orang. Jalankan pam untuk flushing media mengikut jadual siraman biasa, selepas 2 hari (sebagai contoh) cabut dripper dan pastikan air yang keluar dari microtube adalah pada kadar kelajaun biasa, kalau tidak cuci microtube atau periksa nipper jika tersumbat, cuci dripper dan pasang semula. Ini bagi memastikan masalah dripper tersumbat adalah minima bagi musim kedua.

Khamis, 6 November 2008

Timer

Timer ialah satu alat yang digunakan untuk mengukur jarak masa. Bagi Timer yang digunakan pada sistem fertigasi ia perlu mengukur jarak masa dan menghidupkan pam air elektrik mengikut jadual yang kita tentukan untuk memastikan siraman dilakukan secara otomatik mengikut jadual yang telah dikenal pasti.

Jumlah masa yang diperlukan untuk sesuatu plot tanaman bergantung kepada rekabentuk sistem paip serta jumlah pokok yang ditanam. Pada kebanyakan manual fertigasi mengatakan pokok cili memerlukan antara 1.0 hingga 2.0 liter air sehari.

Timer 1:



Timer Digital biasa yang boleh didapati di kedai dalam talian. Timer ini boleh diset pada jarak masa minima 1 minit. Ia boleh disetkan sehingga 8 kali "on\off". Kuasa maksima adalah melebihi 3000Watt. 1HP (horse power\kuasa kuda) pam air adalah bersamaan 746W, untuk 2HP pam air bersamaan 1492Watt. Kurang dari separuh kuasa maksima yang boleh dibekalkan oleh timer berkenaan. Ini bermakna apabila kuasa maksima Timer tidak dicapai maka usia Timer pada lojiknya boleh bertahan lebih lama. timer ini berharga sekitar RM40-50 sahaja.

Timer ini telah diuji mengunakan 2 unit pam berkuasa 2HP, iaitu bersamaan 2984Watt untuk hampir satu musim dan kemudiannya dipasangkan kepada 1 unit 1HP pam air dan ianya tetap berfungsi dengan baik.

Sekiranya anda ingin memastikan keselamatan lebih terjamin maka eloklah dipasangkan Timer tersebut kepada "Contactor" dan dari "Contactor" barulah dipasangkan kepada pam air, kos keseluruhan mungkin mencecah sekitar RM200. Timer ini mempunyai bateri, sekiranya bekalan elektrik terhenti, jamnya akan terus berfungsi walaupun pam tidak berjalan pada ketika itu, sebaik sahaja bekalan elektrik kembali pulih jamnya tidak perlu disetkan kembali dan jadual pam tidak terganggu.

Timer jenis ini biasanya disetkan untuk menghidupkan motor pada jarak masa minima 2 ke 3 minit ( boleh ubah mengikut keperluan ladang yang berlainan) untuk 5 atau 6 kali sehari bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30petang. Masa yang ditentukan perlulah mengikut jumlah air yang telah ditentukan dengan mengukur jumlah air yang keluar dari "dripper" bagi sesuatu ladang untuk setiap satu minit bagi keseluruhan ladang untuk setiap pokok.

Timer 2:

Ada peniaga yang mengatakan timer jenis ini tidak tahan lama, kita perlu meggunakan timer yang lebih baik yang sudah pastinya harganya juga jauh lebih tinggi (strategi bisnes la kot). Timer ini berharga paling rendah pun RM400. Timer ini berteknologi analog dan apabila bekalan elektrik terhenti maka jamnya turun berhenti dan perlu diset semula, sekiranya tidak diset semula maka waktu pam berjalan sudah tidak lagi mengikut jadual. Silap-silap pam akan beroperasi pada waktu malam. Timer jenis ini biasanya menggunakan 2 Timer dalam 1 dan juga "Contactor" untuk keselamatan yang lebih terjamin. Timer pertama hanya boleh diset pada jarak masa lebih kurang 10 ke 15 minit dan ianya tidak tepat, oleh itu ia akan disambungkan kepada timer kedua yang mana jarak masa boleh di set kan pada jarak masa minima kurang dari seminit.

Saya juga menggunakan Timer jenis pertama diatas untuk Sistem Fertigasi Mini 10 pokok dan ianya tidak memerlukan "contactor" kerana hanya menggunakan pam akuarium. Timer jenis kedua saya gunakan untuk ladang cili bagi 2Hp pam air. Pernah berlaku ganguan bekalan elektrik dan pam beroperasi pada waktu malam. Selepas beberapa kali bekalan elektrik terputus Timer pertama dari 2 Timer dalam 1 telah rosak. Saya kini menggunakan Timer jenis pertama + Timer kedua dari Timer 2 dalam 1 + Contactor.

Untuk kegunaan pam air 2HP saya mencadangkan gunakan Timer jenis pertama diatas sahaja.

Dan untuk ciri keselamatan berganda Timer ini boleh disambungkan kepada "Contactor" dan kesemua peralatan ini boleh dipasang didalam kotak "DB" jenis "Metal". Untuk ini anda perlu menggunakan khidmat Juruelektrik bertauliah kerana perlu menggunakan jenis wayar yang sesuai bagi mengelakkan berlaku kebakaran elektrik.

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.