Cili api, cili padi, cili kampung, cili burung, cabai, lada api dan macam-macam lagi dipanggil orang namun ia tetap datang dari satu keluarga iaitu Capsicum Annuum.
Antara keluarga cili lain adalah Capsicum Chinense, Capsicum Baccatum, Capsicum Frutescens, Capsicum Pubescens.
Cemperai - Suapan Blog Baru
Khamis, 13 Ogos 2009
Selasa, 30 Jun 2009
Kaedah Semaian Benih Cili Merah vs Cili Padi
Untuk “Beginners” atau mereka yang baru berjinak dengan Cili Padi silakan baca sehingga keakhir catatan ini.
Dicadangkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan Cili Padi agar membuat percubaan semaian benih terlebih dahulu sebagai contoh 2 atau 3 tray bagi melihat perkembangan benih dengan kaedah yang betul bagi mengelakan sebarang kerugian.
Kepada mereka yang berminat untuk mencuba Cili Padi Semerah 704 juga saya sarankan jangan terus cuba sehingga 1000 pokok. Kepada yang berminat saya boleh bekalkan benih untuk tujuan percubaan dalam jumlah yang lebih kecil.
Kita perlu memastikan kaedah semaian adalah
Perlu juga diingat bahawa dedahan cahaya juga amat perlu untuk benih tumbuh dengan baik.
Pada kebiasaannya benih cili disemai menggunakan media semaian peatmoss 80L atau 70L. Ada juga pengusaha fertigasi yang menggunakan media semaian cocopeat dengan kaedah tertentu.
Antara kaedah lain yang digunakan menutup tray semaian dengan plastik hitam untuk memerangkap haba bagi mempercepatkan percambahan biji benih.
Juga ada yang hanya menyiram anak benih dalam tray dengan air kosong sahaja.Ada juga yang membekalkan baja kepada benih didalam tray dengan cara mencelup tray (kaedah yang betul) dan ada juga yang spray anak benih dengan air baja (kaedah yang tidak tepat, boleh merosakan benih kalau baja pekat)
Kebiasaannya kaedah penyemaian biji benih cili ini akan diajarkan semasa menghadiri kursus fertigasi cili.
Namun begitu ada juga mereka yang menghantar email untuk mendapatkan sedikit maklumat berkenaan cara semaian yang betul untuk cili padi kepada saya. Setakat ini saya tidak mengenakan apa-apa bayaran.
Bagi benih cili 568 mengikut pengalaman saya sendiri, pernah saya semai tetapi benih tidak tumbuh dengan sekata, pada waktu itu saya tidak menbekalkan baja pada anak benih. Benih tersebut saya musnahkan dan semai benih baru, benih ini juga tidak tumbuh dengan sekata tetapi lebih baik dari benih yang pertama dahulu, pada kali ini saya bekalkan baja kepada anak benih untuk pertumbuhan yang lebih baik dan trasplant sebelum usia benih mencecah 35 hari.
Untuk benih 469, saya juga membekalkan baja kepada anak benih, ia tumbuh lebih sekata berbanding cili 568 pada musim terdahulu. Transplant sebelum 35 hari sebelum usia benih mencecah 35hari.
Untuk benih cili padi secara amnya pertumbuhan anak benih agak perlahan berbanding Cili Merah F1 atau Cili Padi F1.
Pernah saya cuba semai 5 tray cili padi (benih diamabil dari buah maska yang dijual dipasar) pada musim pertama (semasa mengusahakan cili 568 dahulu), pertumbuhannya memang perlahan, namun begitu tranplant semasa usia pokok lebih dari 35 hari.
Untuk cili padi semerah 704, pertumbuhan benih juga agak perlahan, ia perlu dibekalkan dengan baja. Boleh transplant pada usia 5 hingga 8 minggu dan anak benih tidak begitu elok jika melepasi usia 8 minggu. Dedahan cahaya juga amat diperlukan.
Untuk Cili Padi F1 pertumbuhan boleh dikatakan sama dengan Cili Merah F1. Boleh transplant pada usia kurang dari 35 hari,namun begitu menurut maklumat yang saya ada, anak benih juga perlu dibekalkan baja sewaktu pertumbuhan semasa didalam tray semaian lagi.
Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui kaedah semaian Cili Padi seperti yang saya dan rakan-rakan lain lakukan sila email kepada saya chullenmn@gmail.com
Saya tidak boleh mencatatkan keseluruhan maklumat berkaitan di Blog ini kerana ada diantara pengusaha Fertigasi yang membekalkan eBook untuk tujuan itu dan saya tidak mahu merosakan pasaran mana-mana eBook fertigasi yang ada dipasaran.
Isnin, 4 Mei 2009
Cili Padi F1
Saya sempat melawat ke ladang Fertigasi Mini yang menggunakan benih Cili Padi F1 di Teluk Intan, Perak. (Masa lawatan adalah terlalu singkat kerana saya ada urusan lain di Sitiawan) Harga biji benih RM180 satu pek besar (isi tak tahu berapa banyak tapi memang banyak - benih order dari Thailand).
Tuan ladang Mokhsin Shamsudin menanam Cili Padi F1 secara percubaan tak sempat nak tanya berapa polibeg tapi pada anggaran antara 20 ke 30 polibeg. Beliau juga turut menanam cili akar beberapa polibeg untuk percubaan.
Ketinggian Cili Padi F1 serta cili akar yang berusia 3 bulan adalah lebih kurang 2 meter dari paras tanah (polibeg diletak atas tanah). Buah Cili Padi F1 muda kelihatan hampir serupa dengan buah cili akar muda.
Setelah melihat perkembangan pokok Cili Padi F1 sehingga berusia 3 bulan, tuan ladang telah membuat keputusan untuk menggunakan benih Cili Padi F1 pada ladang mini mereka, berjumlah 800 polibeg (kalau tak silap), baru sahaja siap transplant.
Jangka hayat yang diketahui untuk semusim Cili Padi F1 adalah 12 bulan.
Sesuatu yang menarik untuk kita pelajari.
Semoga beliau berjaya dengan mengusahakan Cili Padi F1 tersebut.
