rss

Paparan terbaik gunakan Firefox

Ubah Font Catatan Disini


Kumpulan Google
Pengairan Titis dan Fertigasi
Status Aktiviti :Rendah Lawati kumpulan ini



Hubungi Admin Blog:



»»  lihat 10 catatan terbaru...

Cemperai - Suapan Blog Baru

Memaparkan catatan dengan label Usia Cili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usia Cili. Papar semua catatan

Isnin, 30 November 2009

Cili Padi Semerah 704 – Baja Cair

Untung atau rugi?

Berdasarkan pengalaman mengusahakan Cili Padi Semerah 704 secara sambilan ungtuk mengatakan untung itu adalah satu perkara yang agak sukar untuk diungkapkan.

Namun sekiranya kita mengangap ianya adalah sebagai kerja sambilan untuk mendapatkan duit tambahan adalah definasi yang mungkin lebih tepat tanpa mengambil kira modal yang dilaburkan pada peringkat awal.

Pendapatan yang dijana mampu untuk menampung kos baja serta racun dan lain-lain kos. Selebihnya adalah untuk poket sendiri.



Butiran terperinci tidaklah direkodkan dengan sempurna, pada dasarnya dengan mengambil pendekatan penjimatan baja hasil yang dijana sekadar cukup-cukup saja. Manakala bil elektrik dan air adalah percuma.

Jadual siraman 6 kali sehari yang berjumlah keseluruhan 2 liter sehari manakala kepekatan baja antara 1.2 – 1.5mS. Ini bagi memastikan saiz buah tidak terlalu besar bagi memenuhi permintaan pasaran setempat. Setaip minggu siraman air kosong akan dilakukan untuk sehari.

Untuk ladang mini berkapasiti 1200 pokok (lebih kurang 1000 pokok adalah Cili Padi Semerah 704), pendapatan bulan pertama ~ RM1000 manakala pendapatan bulan berikutnya purata RM500. Butiran jumlah dalam KG tidak direkodkan sepenuhnya.

Oleh kerana jadual baja yang cair saiz pokok juga tidaklah begitu besar dan setelah melepasi usia 8 bulan kelihatan pokok perlu ditukar dalam masa terdekat. Dijangka sebelum hujung Januari 2010 pokok akan diganti dengan yang baru.

Jika permintaan pasaran setempat tidak mementingkan saiz buah maka jadual baja yang digunakan bolehlah mengikut jadual baja Cili Merah. Sudah pasti saiz buah akanmenjadi lebih besar serta lebih berat. Namun begitu ia tertakluk kepada keadaan pokok yang subur dan tidak mengalami serangan penyakit yang teruk.

Pada pendapat saya untuk menjadikan tanaman cili sebagai pendapatan yang lumayan adalah tidak begitu realistik bagi modal yang rendah serta kapasiti ladang yang sedikit. Ianya mungkin lebih realistik dengan modal yang besar serta kapasiti ladang yang tinggi, mungkin 10 ekar keatas.


Ahad, 2 Ogos 2009

Etna - Cili Hiasan

Cili hiasan yang dibeli benihnya dari UK, benih asal dari Itali. Nama asal Etna. Buah segumpal dan kelihatan menarik. Buah hanya mula masak pada hujung bulan ketiga. Kepedasan adalah sangat rendah berbanding Cili Padi Semerah 704.

Memang sesuai untuk tanaman hiasan atau untuk mereka yang memang tidak kuat pedas. Buah tidak selebat Cili Padi Semerah 704 tetapi menarik untuk Edible Garden (Kitchen Garden / Taman Dapur)











Sememangnya tidak sesuai untuk ditanam secara ladang.

Selasa, 30 Jun 2009

Kaedah Semaian Benih Cili Merah vs Cili Padi

Untuk “Beginners” atau mereka yang baru berjinak dengan Cili Padi silakan baca sehingga keakhir catatan ini.

Dicadangkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan Cili Padi agar membuat percubaan semaian benih terlebih dahulu sebagai contoh 2 atau 3 tray bagi melihat perkembangan benih dengan kaedah yang betul bagi mengelakan sebarang kerugian.

Kepada mereka yang berminat untuk mencuba Cili Padi Semerah 704 juga saya sarankan jangan terus cuba sehingga 1000 pokok. Kepada yang berminat saya boleh bekalkan benih untuk tujuan percubaan dalam jumlah yang lebih kecil.

Kita perlu memastikan kaedah semaian adalah

betul supaya benih tidak terbantut. Sekiranya kaedah semain sememangnya betul maka sekiranya pertumbuhan benih tidak elok sudah pasti benih yang digunakan adalah tidak baik.

Perlu juga diingat bahawa dedahan cahaya juga amat perlu untuk benih tumbuh dengan baik.

Pada kebiasaannya benih cili disemai menggunakan media semaian peatmoss 80L atau 70L. Ada juga pengusaha fertigasi yang menggunakan media semaian cocopeat dengan kaedah tertentu.

Antara kaedah lain yang digunakan menutup tray semaian dengan plastik hitam untuk memerangkap haba bagi mempercepatkan percambahan biji benih.

Juga ada yang hanya menyiram anak benih dalam tray dengan air kosong sahaja.Ada juga yang membekalkan baja kepada benih didalam tray dengan cara mencelup tray (kaedah yang betul) dan ada juga yang spray anak benih dengan air baja (kaedah yang tidak tepat, boleh merosakan benih kalau baja pekat)

Kebiasaannya kaedah penyemaian biji benih cili ini akan diajarkan semasa menghadiri kursus fertigasi cili.

Namun begitu ada juga mereka yang menghantar email untuk mendapatkan sedikit maklumat berkenaan cara semaian yang betul untuk cili padi kepada saya. Setakat ini saya tidak mengenakan apa-apa bayaran.

Bagi benih cili 568 mengikut pengalaman saya sendiri, pernah saya semai tetapi benih tidak tumbuh dengan sekata, pada waktu itu saya tidak menbekalkan baja pada anak benih. Benih tersebut saya musnahkan dan semai benih baru, benih ini juga tidak tumbuh dengan sekata tetapi lebih baik dari benih yang pertama dahulu, pada kali ini saya bekalkan baja kepada anak benih untuk pertumbuhan yang lebih baik dan trasplant sebelum usia benih mencecah 35 hari.

Untuk benih 469, saya juga membekalkan baja kepada anak benih, ia tumbuh lebih sekata berbanding cili 568 pada musim terdahulu. Transplant sebelum 35 hari sebelum usia benih mencecah 35hari.

Untuk benih cili padi secara amnya pertumbuhan anak benih agak perlahan berbanding Cili Merah F1 atau Cili Padi F1.

Pernah saya cuba semai 5 tray cili padi (benih diamabil dari buah maska yang dijual dipasar) pada musim pertama (semasa mengusahakan cili 568 dahulu), pertumbuhannya memang perlahan, namun begitu tranplant semasa usia pokok lebih dari 35 hari.

Untuk cili padi semerah 704, pertumbuhan benih juga agak perlahan, ia perlu dibekalkan dengan baja. Boleh transplant pada usia 5 hingga 8 minggu dan anak benih tidak begitu elok jika melepasi usia 8 minggu. Dedahan cahaya juga amat diperlukan.

Untuk Cili Padi F1 pertumbuhan boleh dikatakan sama dengan Cili Merah F1. Boleh transplant pada usia kurang dari 35 hari,namun begitu menurut maklumat yang saya ada, anak benih juga perlu dibekalkan baja sewaktu pertumbuhan semasa didalam tray semaian lagi.

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui kaedah semaian Cili Padi seperti yang saya dan rakan-rakan lain lakukan sila email kepada saya chullenmn@gmail.com

Saya tidak boleh mencatatkan keseluruhan maklumat berkaitan di Blog ini kerana ada diantara pengusaha Fertigasi yang membekalkan eBook untuk tujuan itu dan saya tidak mahu merosakan pasaran mana-mana eBook fertigasi yang ada dipasaran.


Isnin, 29 Jun 2009

Cili Padi Semerah 704 Berusia 2 Bulan

Gambar Cili Padi Semerah 704 diambil pada usia pokok lebih kurang 2 bulan diambil dari Ladang Mini kami (1100 pokok) di Kampung Gajah Mati, Batu Kikir, Negeri Sembilan.



"Flat Top" Tunas air dibuang habis




2 Pokok dalam 1 polibeg







Kelihatan pokok ini masih terus mengeluarkan bunga






Sudah ada yang mula masak






Pandangan sebahagian besar Ladang Mini






Merah dah tu!




Tak tahu lah kena sakit apa, ada beberapa pokok jadi macam ini (kurang dari 10 pokok)




Pokok yang berbunga ini daunnya kelihatan sedikit macam cili merah.)




Tunas air pertama dibuang, tunas air kedua dibiarkan besar




Tunas air pertama dibuang, tunas air kedua dibiarkan besar

Sabtu, 16 Mei 2009

Usia Cili Padi Semerah

Setakat ini Ladang Rujukan Cili Padi Semerah 704 yang dimiliki oleh Sifu (500 pokok) telah tamat musim. Usia pokok telah melepasi 12 bulan. Dengan ini juga penghasilan Biji Benih Cili Padi Semerah 704 G1 (Generasi Pertama) turut ditamatkan. Pokok Cili Padi Semerah 704 G2 (generasi ke-2) anak kepada pokok Cili Semerah 704 G1 dari ladang Sifu masih belum diuji pertumbuhan serta perkembangannya.

Sifu dalam proses membuat keputusan benih mana yang ingin digunakan samada Cili Semerah Ori yang diperolehi dari MARDI atau benih dari keturunan Cili Semerah 704 yang digunakan sebelumnya.



Manakala benih Cili Semerah dari MARDI ini agak sukar didapati serta ada diantara rakan yang mencuba kadar pertumbuhan adalah rendah (benih yang mereka beli - benih yang orang lain guna saya tak tahu), punca kadar pertumbuhan rendah adalah tidak diketahui. Maklumat yang kami perolehi Cili Padi Semerah MARDI ini bukanlah dari jenis F1, ini bermaksud biji benih dari buah yang masak boleh diproses untuk dijadikan benih. Kemungkinan samada pertumbuhan anak benih berbeza dari pokok asal adalah tidak dapat dipastikan lagi.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan benih Cili Padi Semerah 704 G2 bagi tujuan percubaan keatas Test Bed @ Tapak Eksperimen boleh menghubungi saya chullenmn@gmail.com

Kini proses menyemai benih semerah dari pokok Cili Padi Semerah 704 G2 (generasi ke-2) sedang dilakukan sebagai kajian peribadi juga oleh rakan seperjuangan yang ingin menambah jumlah pokok di ladang mini beliau. Hasil hanya boleh diketahui sekitar 4 bulan lagi.

Ahad, 26 April 2009

Usia Anak Cili

Untuk cili merah biasanya anak yang berusia melebihi 35 hari adalah tidak sesuai lagi untuk dipindahkkan ke ladang kerana pangkal batang anak benih sudah mula menjadi coklat dimana ia menunjukkan bahawa anak benih tersebut telah tua, sekiranya ia masih digunakan maka pertumbuhan pokok akan terbantut.


Manakala pada pengamatan saya bagi anak cili padi semerah, pangkal batang anak benih mula bertukar warna pada minggu ke 8. Pada usia 3 - 4 minggu ianya masih kelihatan kecil dan tidak berapa sesuai untuk di pindahkan ke ladang. Pada pendapat saya pada usia 5 - 8 minggu adalah tempoh yang sangat sesuai kerana anak benih sudah berdaun diantara 4 - 6 helai. Namun begitu ia tetap bergantung pada cuaca, dedahan cahaya dan pembajaan anak benih.

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.