rss

Paparan terbaik gunakan Firefox

Ubah Font Catatan Disini


Kumpulan Google
Pengairan Titis dan Fertigasi
Status Aktiviti :Rendah Lawati kumpulan ini



Hubungi Admin Blog:



»»  lihat 10 catatan terbaru...

Cemperai - Suapan Blog Baru

Jumaat, 23 April 2010

Proses Benih Cili Sendiri

Syarat pertama buah cili yang ingin dijadikan benih mestilah bukan dari jenis F1. Syarat kedua boleh membaca serta memahami teks dalam Bahasa Inggeris.

Kaedah penyediaan benih cili berikut adalah sangat mudah dan tidak menggunakan apa-apa bahan pengawet atau racun.

Sila lawati seedsaving.

Selamat mencuba.

Khamis, 22 April 2010

Pasu Dan Tanah - Percubaan Cili Semerah 704

Pasu plastik kecil, tinggi kurang 6 inci dan diameter lebih kurang 6 1/2 inci.

Tambahkan slow release fertilizer (Kokei Nugget) dan penuh kan tanah, sedia untuk transplant. Kandungan tanah - sabut, arang dan mungkin juga sedikit sekam serta tanah bakar (warna oren) serta baja biji (tidak dapat dipastikan samada baja kimia atau baja gunung berapi), juga kelihatan sedikit campuran top soil, tanah dibeli dari nuseri di Nilai, Negeri Sembilan - sumber asal dari Layang-layang, Johor.


3
Diameter lebih kurang 6 1/2 Inci


3
Tinggi kurang 6 Inci


3
Tanah dari nuseri



3
Slow release fertilizer


3
Sedia untuk transplant


Gambar sewaktu pokok kecil tidak dirakamkan kerana tiada kesempatan al maklumlah agak sibuk dengan tugasan lain.

Berikut adalah gambar pokok yang telah berbuah.

3


3


3
Tambah slow relaese fertilizer, baja biji NPK juga dibekalkan kepada pokok.


3


3


3
Kelihatan tangkai buah yang telah dipetik


3


3
Bunga telah mula keluar untuk kali kedua setelah buah peringkat pertama mula merah


3
Bunga telah mula keluar putik untuk kali kedua setelah buah peringkat pertama mula merah


3
Ketinggian pokok dari pasu ~16 inci


3
Pokok yang sakit telah mula berbunga


3
Pokok yang sakit telah berbuah


Pastikan pasu tidak diangkat apabila pokok telah mula bercabang Y sehingga tamat musim, ini bagi memastikan akar yang terkeluar daripada bahagian bawah pasu yang telah mencengkam tanah tidak terputus, ini bagi membolehkan pokok membesar dengan kadar yang lebih cepat serta saiz pokok yang lebih besar.

Kadar siraman sekitar 2 liter sehari. Tiada baja fertigasi digunakan hanya baja slow release fertilizer (Kokei Nugget) dan baja biji NPK.

Kepada yang berminat boleh cuba kaedah iniuntuk tanaman cili jenis lain.

Nota: Petola (pada pendapat saya) lebih sensitif kepada kadar baja berlebihan serta boleh melecur daunnya.

Selasa, 20 April 2010

Bermulanya Al Kisah Edible Garden

Edible garden, Kitchen Garden ataupun Taman Dapur sememangnya perlu ada bagi memudahkan sedikit sebanyak kerja memasak kerana tidak perlu bergantung 100% pada sumber dari kedai atau pasar. Kini dirumah baru yang berhalaman sempit, saya telah menyiapkan sistem siraman automatik serupa sistem fertigasi, tetapi hanya sistem kecil untuk tujuan siraman sahaja manakala baja yang digunakan adalah baja biji dan slow release.

Setakat ini Cili Padi Semerah 704 berjaya mengeluarkan buah untuk kegunaan sendiri. Juga tanaman kacang panjang ungu. Kini Kacang panjang hijau dan bendi baru mula berputik. Tidak lah begitu banyak bilangan pokoknya tapi cukuplah sekadar untuk dijadikan hidangan sepiring untuk hidangan keluarga, apa yang penting ialah ianya segar dan lebih lazat. Daun Seylon, bunga kantan yang agak kurus kerana tanah kurang elok, mangga, delima juga turut menggunakan siraman automatik.

Tidak ketinggalan pokok tanaman hiasan juga menggunakan sistem siraman automatik tersebut.


Pokok panjang hijau tanpa para juga telah tumbuh sekitar 1 kaki tinggi. Selain itu cili merah 469 dan 568 turut ditanaman tetapi anak benih sudah agak tua semasa dipindahkan. Ada juga Cili "Manis" (cili merah), benih diproses daripada buah masak dari pokok yang ditanam sendiri, anak benih asal diperolehi dari seorang rakan dari Shah Alam.

Juga serai, limau kasturi, kari dan pandan turut ditanam serta menggunakan sistem siraman automatik.

Namun begitu ada juga tanaman yang disiram secara manual seperti cekur, pegaga, limau purut, dan pisang.

Nantikan catatan seterusnya berkenaan Edible Garden dengan siraman automatik.

Rabu, 17 Mac 2010

eBook Kaedah Semaian Cili

EBook untuk Entry Level kini boleh boleh di muat turun pada ruangan Muat Turun. eBook tersebut disediakan atas permintaan pembaca-pembaca blog. Walau bagaimana pun ia hanya untuk entry level sahaja. Kepada mereka yang berminat untuk membaca eBook tersebut boleh muat turun serta sila dapatkan kata laluan secara percuma daripada admin blog.

eBook tersebut boleh diedarkan melalui emel berserta kata laluan yang diperolehi dari admin blog, namun begitu sila elakkan daripada mengedarkan eBook tersebut ke mana-mana group ie; Yahoo, Google dll. atau mana-mana forum. Kerjasama anda amat dihargai.

Semoga eBook tersebut dapat membantu mereka yang betul-betul berminat untuk menyemai sendiri biji benih cili, samada cili merah atau cili padi.

Jumaat, 19 Februari 2010

Terima Kasih

Terima Kasih diatas kunjungan anda ke blog ini.

Sekiranya anda telah menghantar Catatan pada blog ini menggunakan borang pada ruang "Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini" yang terdapat pada ruangan sebelah bawah blog, ia akan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan tertakluk kepada syarat anda telah menjadi ahli Kumpulan Google Pengairan Titis dan Fertigasi. Anda akan menerima salinan catatan yang dihantar ke blog ini melalui emel daripada burst@emailmeform.com

Semua catatan hanya boleh mengandungi perkara berkaitan pertanian Fertigasi terutamanya cili serta tidak memburukkan mana-mana pihak, individu atau artikel.

Pihak admin/moderator blog mempunyai hak mutlak untuk meluluskan atau menahan mana-mana catatan dari diterbitkan pada blog ini.

Sekian.


Khamis, 18 Februari 2010

Pandangan Panorama Ladang Mini 1200 Pokok

Gambar pada catatan ini adalah gambar lama musim pertama Semerah 704. Gambar diambil ketika buah telah mula merah pada usia sekitar 2 bulan lebih. Saiz pokok tidak begitu besar kerana menggunakan baja cair. Pada ketika ini bunga baru terhenti seketika, selepas beberapa minggu bunga baru keluar semula dengan banyak.

Saya rasa terpanggil untuk edit gambar menggunakan Adobe Photoshop CS4 diatas pertanyaan berkenaan ladang saya. Kebetulan saya mempunyai beberapa keping gambar yang sesuai untuk dicantumkan menjadi pandangan Panorama. Kepada mereka yang ingin mencuba mencantumkan beberapa keping gambar boleh buat dengan mudah sekali menggunakan Adobe Photoshop CS4:

pergi ke Menu File, pilih Automate, pilih Photomerge dan ikut arahan/pilihan seterusnya

Sila klik baca lagi... untuk artikel penuh.


Untuk makluman mereka yang berminat dan ingin mengusahakan tanaman Cili Fertigasi perlu ambil perhatian:
- kaji dahulu pasaran yang anda ingin tembusi
- cuba jimat kos dimana perlu seperti beli tangki air terpakai
- tiang pagar boleh guna kayu-kayu yang ditebang atau kayu terpakai
- tiang bangsal boleh guna kayu terpakai
- dan lain-lain penjimatan yang boleh diusahakan
- jangan asyik nak upah orang dalam semua perkara kerana ia adalah satu tindakan yang merugikan, cuba dulu buat mana yang boleh termasuk kerja setup ladang, tangki, pam, paip dripper, semai benih, penjagaan, meracun, memetik dll
- dapatkan sebut harga dari 2 atau 3 pembekal sebelum membuat pembelian
- memasarkan sendiri hasil ladang lebih baik

Apa yang penting adalah ladang tersebut boleh beroperasi secara praktikal termasuk mempunyai tekanan air yang bersesuaian mengikut rekabentuk ladang. Dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman berkenaan reka bentuk ladang serta kapasiti pam.

Kepada mereka yang ingin menceburkan diri serta menjadikan Cili Fertigasi sebagai sumber pendapatan perlu diingat bahawa:
Kesilapan Adalah Kaedah Pembelajaran Termahal Bagi Pengusaha Kecil-kecilan

Pengusaha kecil-kecilan biasanya tiada penaja atau dana tambahan yang banyak, sekiranya berlaku sebarang kesilapan atau serangan penyakit yang teruk maka akan berlaku kerugian dan berkemungkinan boleh tutup ladang. Secara praktikal perkara ini sememangnya berlaku.

Cuba bayangkan kita perabih semua wang yang ada atau mungkin buat pinjaman kata orang "all out" tapi apabila kita telah satu musim berlalu kita dapati ianya adalah satu kesilapan yang amat besar dalam membuat keputusan untuk menceburi bidang ini. Pastikan ia tidak berlaku pada anda.

Sekiranya berlaku kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana kesilapan kita samada kurang mahir dalam kerja praktikal, kawalan penyakit, pemasaran atau pun berbelanja terlalu besar untuk ladang yang kecil. Atau juga mungkin termakan kata-kata rakan atau jurujual.

Sudah menjadi lumrah penuntut IPTA/IPTS samada Diploma atau Ijazah mereka akan melakukan praktikal terlebih dahulu bertujuan mendapatkan serba sedikit pengalaman kerja. Juga bagi mereka yang menuntut di Institusi Kemahiran. Bagaimana pula kita? Sudahkah ilmu penuh didada hanya dengan menghadiri 2 atau 3 Kursus Fertigasi? Perlukah kita buat kerja-kerja praktikal dimana-mana ladang fertigasi terlebih dahulu? Urut dada dan tanya tuan punya badan.

Bukan niat untuk mematahkan semangat tetapi niat untuk membuka minda.

Dengan rasa rendah dirinya berikut adalah gambarnya...











From Semerah 704 - Panorama







Panorama Pokok 1












From Semerah 704 - Panorama







Panorama Pokok 2













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Pokok 3













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Kiri- Tepi pagar kiri tu ada yang tak pasang silvershine.













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Tengah













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Tengah Kanan. Sistem Pam berada lebih kurang 100 meter

(kat rumah yang nampak bumbung tu - rumah Pak Saudara)













From Semerah 704 - Panorama







Panorama Kanan


Isnin, 30 November 2009

Cili Padi Semerah 704 – Baja Cair

Untung atau rugi?

Berdasarkan pengalaman mengusahakan Cili Padi Semerah 704 secara sambilan ungtuk mengatakan untung itu adalah satu perkara yang agak sukar untuk diungkapkan.

Namun sekiranya kita mengangap ianya adalah sebagai kerja sambilan untuk mendapatkan duit tambahan adalah definasi yang mungkin lebih tepat tanpa mengambil kira modal yang dilaburkan pada peringkat awal.

Pendapatan yang dijana mampu untuk menampung kos baja serta racun dan lain-lain kos. Selebihnya adalah untuk poket sendiri.



Butiran terperinci tidaklah direkodkan dengan sempurna, pada dasarnya dengan mengambil pendekatan penjimatan baja hasil yang dijana sekadar cukup-cukup saja. Manakala bil elektrik dan air adalah percuma.

Jadual siraman 6 kali sehari yang berjumlah keseluruhan 2 liter sehari manakala kepekatan baja antara 1.2 – 1.5mS. Ini bagi memastikan saiz buah tidak terlalu besar bagi memenuhi permintaan pasaran setempat. Setaip minggu siraman air kosong akan dilakukan untuk sehari.

Untuk ladang mini berkapasiti 1200 pokok (lebih kurang 1000 pokok adalah Cili Padi Semerah 704), pendapatan bulan pertama ~ RM1000 manakala pendapatan bulan berikutnya purata RM500. Butiran jumlah dalam KG tidak direkodkan sepenuhnya.

Oleh kerana jadual baja yang cair saiz pokok juga tidaklah begitu besar dan setelah melepasi usia 8 bulan kelihatan pokok perlu ditukar dalam masa terdekat. Dijangka sebelum hujung Januari 2010 pokok akan diganti dengan yang baru.

Jika permintaan pasaran setempat tidak mementingkan saiz buah maka jadual baja yang digunakan bolehlah mengikut jadual baja Cili Merah. Sudah pasti saiz buah akanmenjadi lebih besar serta lebih berat. Namun begitu ia tertakluk kepada keadaan pokok yang subur dan tidak mengalami serangan penyakit yang teruk.

Pada pendapat saya untuk menjadikan tanaman cili sebagai pendapatan yang lumayan adalah tidak begitu realistik bagi modal yang rendah serta kapasiti ladang yang sedikit. Ianya mungkin lebih realistik dengan modal yang besar serta kapasiti ladang yang tinggi, mungkin 10 ekar keatas.


Selasa, 29 September 2009

Timer - Bahagian 1

Timer adalah perkara yang penting bagi setiap sistem fertigasi. Pasa asasnya Timer - terdiri dari pada jenis Analog dan Digital. Kebanyakan Sistem Fertigasi kecil hanya menggunakan Timer Digital jenis biasa kerana Pam (Motor) yang digunakan adalah kecil dan tidak memerlukan kawalan motor (pam) yang menggunakan Contactor. Timer Digital boleh diset pada jarak minima 1 minit manakala timer analog boleh diset pada jarak masa minima 15minit. Timer Digital mempunyai bateri untuk memastikan jam terus berfungsi jika bekalan elektrik terputus manakala Timer Analog tidak mempunyai bateri dan masa perlu disetkan semula selepas ganguan bekalan elektrik.



Jenama timer Digital yang biasa digunakan untuk Sistem Fertigasi Kecil adalah sepeti jenama SUM. Timer dari kategori ini biasanya tidak betahan lama, pernah saya gunakan sekitar 1 tahun sahaja, ada beberapa unit Timer sejenis dengannya telah rosak pada jangka masa 3 dan 6 bulan sahaja, malah ada yang belum sempat guna dah rosak, harga timer tersebut adalah RM28-RM33 setiap satu.

Timer jenama Hager juga terdiri daripada jenis Analog dan Digital. Terdapat pelbagai pilihan timer analog dan digital. Ada diantara Timer Analog mempunyai bateri untuk meneruskan fungsi jam jika bekalan elektrik terganggu. Harga Timer Analog sudah pasti lebih murah dari Timer Digital.

Apa yang perlu kita tahu untuk Sistem Fertigasi pada kebiasaanya kita memerlukan siraman pada kekerapan dan jangka masa yang sama setiap hari, oleh itu Timer 24jam sudah memadai dan ianya pasti lebih murah berbanding Timer 7 Hari.

Antara pilihan model bagi jenama Hager yang dicadangkan adalah:

Analog (dengan bateri backup untuk jam) - EH111 (preferred) atau EH711

Digital (dengan bateri backup untuk jam) - EG110

Timer Analog lebih mudah dikendalikan berbanding Timer Digital.

Timer perlu dipasang didalam kotak menggunakan DIN Rail - sebagai contoh DB Box / Suis Utama untuk bekalan elektrik dirumah.

Memandangkan Timer Analog hanya boleh diset pada jarak masa minima 15 minit maka ia memerlukan Timer kedua yang dipasang secara siri bagi memendekkan lagi masa siraman kepada kurang dari 15 minit bagi kebanyakkan Sistem Fertigasi. Namun begitu jika kita menggunakan Timer Digital pada jarak masa minima 1 minit dan memerlukan masa siraman kurang dari 1 minit maka Timer kedua juga perlu digunakan.

Bersambung...

Ahad, 23 Ogos 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Memang diketahui ramai bahawa cili padi sememangnya boleh hidup sehingga 2 tahun dalam keadaan cuaca dan persekitaran tertentu. Tetapi pada kebiasaanya ia boleh hidup sekitar 1 tahun sahaja sebab itu ia dinamakan Capsicum Annuum.

Disini sempat saya rakamkan cili padi yang telah dipotong pada bahagian pangkalnya dan telah berlaku percambahan tunas baru yang kini berusia menjangkau 2 bulan. Media yang digunakan adalah tanah biasa (top soil + pasir), manakala baja jarang sekali dibekalkan kepada pokok tersebut, seingat saya tidak sampai 10 kali (baja fertigasi).


Gambar keseluruhan pokok



Gambar pada pangkal pokok



Gambar buah muda

Buahnya tidaklah lebat mana kerana keseluruhan tunas yang membentuk pokok baru masih muda (berusia 2 bulan).


Gambar bunga


Tujuan catatan ini adalah sebagai rujukan untuk mengetahui bagaimana keadaan perkembangan pokok cili padi yang telah dipotong pada bahagian pangkal pokok serta media menggunakan tanah biasa, siraman adalah dilakukan secara automatik menggunakan sumber air paip dan baja yang dibekalkan adalah sangat kurang. Bagi mereka yang menanam pokok cili padi sebagai Taman Dapur mungkin boleh mengunakan kaedah ini jika jadual harian anda adalah sangat sibuk, kerana tidak perlu menyemai benih baru, namun begitu usia sebenar pokok tersebut haruslah juga dikaji bagi memastikan tindakan tersebut adalah berbaloi jika mahu dipraktikkan pada ladang komersial.
(Gambar diatas bukan Cili Semerah 704.)



Khamis, 13 Ogos 2009

Cili api, cili padi, cili kampung, cili burung, cabai, lada api dan macam-macam lagi dipanggil orang namun ia tetap datang dari satu keluarga iaitu Capsicum Annuum.

Antara keluarga cili lain adalah Capsicum Chinense, Capsicum Baccatum, Capsicum Frutescens, Capsicum Pubescens.

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.