rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Jumaat, 3 April 2009

Test Bed @ Tapak Eskperimen Wajib ada

Bayangkan kita sanggup mengeluarkan belanja besar untuk 1,000 pokok atau pun lebih sehingga 4,000 pokok malah ada yang mencecah sekitar 32,000 pokok pun ada. untuk tanaman cili secara fertigasi.

Adalah lebih elok sekiranya kita boleh mengeluarkan sebahagian wang yang ada untuk membuat tapak eksperimen terlebih dahulu.

Sekiranya kita ingin membuat ladang 1,000 pokok, maka eksperimen

yang perlu kita lakukan adalah bersesuaian pada kadar 10%, iaitu 100 pokok sahaja. Manakala bagi mereka yang ingin membuat ladang untuk 10,000 pokok adalah bersesuaian membuat eskperimen pada 1,000 pokok sebagai contoh. Ini adalah elok bagi sesiapa yang tidak berpengalaman, mereka yang berpengalaman atau mereka yang berupaya mengupah orang lain yang berpengalaman untuk mengedalikan ladang mereka atau untuk tujuan khidmat nasihat dan pemantauan adalah tidak tertakluk pada skop catatan ini.

Bagi saya tapak eksperimen atau test bed ini amat perlu bagi mencari pengalaman sebelum meneruskan rancangan untuk skala yang lebih besar. Sekiranya telah berjaya mengedalikan tapak eksperimen ini, barulah kita pertingkatkan jumlah pokok.

Namun begitu tapak eskperimen ini mestilah dikekalkan. Ini kerana kita mungkin ingin mengadakan eksperimen yang lain seperti mencuba sesuatu jenis benih lain yang belum pernah kita cuba. Atau ingin mencuba sesuatu yang berisiko seperti menggunakan baja yang lebih cair, menambah kepekatan baja, manambah jumlah air, mengurangkan jumlah air, membuat ujian keatas media, ujian EM dan lain-lain eksperimen.

Dengan adanya plot tapak eksperimen sebegini kita boleh menjangka dan saggup menerima kerugian yang kita akan hadapi sekiranya sesuatu eksperimen itu gagal berbanding dengan melakukan eksperimen keatas "revenue plot" iaitu plot tanaman yang kita sememangnya mengharapkan ianya memberikan pulangan untuk periuk nasi kita.

Saya amat mengalu-alukan komen daripada pembaca blog budiman yang mempunyai pengalaman keatas tapak esperimen atau test bed, atau yang melakukan eskperimen keatas "revenue plot mereka" samada milik sendiri atau rakan seperjuangan, untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar fikiran.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.