Pasu plastik kecil, tinggi kurang 6 inci dan diameter lebih kurang 6 1/2 inci.
Tambahkan slow release fertilizer (Kokei Nugget) dan penuh kan tanah, sedia untuk transplant. Kandungan tanah - sabut, arang dan mungkin juga sedikit sekam serta tanah bakar (warna oren) serta baja biji (tidak dapat dipastikan samada baja kimia atau baja gunung berapi), juga kelihatan sedikit campuran top soil, tanah dibeli dari nuseri di Nilai, Negeri Sembilan - sumber asal dari Layang-layang, Johor.
|
Diameter lebih kurang 6 1/2 Inci |
|
Tinggi kurang 6 Inci |
|
Tanah dari nuseri |
|
Slow release fertilizer |
|
Sedia untuk transplant |
Gambar sewaktu pokok kecil tidak dirakamkan kerana tiada kesempatan al maklumlah agak sibuk dengan tugasan lain.
Berikut adalah gambar pokok yang telah berbuah.
|
Tambah slow relaese fertilizer, baja biji NPK juga dibekalkan kepada pokok. |
|
Kelihatan tangkai buah yang telah dipetik |
|
Bunga telah mula keluar untuk kali kedua setelah buah peringkat pertama mula merah |
|
Bunga telah mula keluar putik untuk kali kedua setelah buah peringkat pertama mula merah |
|
Ketinggian pokok dari pasu ~16 inci |
|
Pokok yang sakit telah mula berbunga |
|
Pokok yang sakit telah berbuah |
Pastikan pasu tidak diangkat apabila pokok telah mula bercabang Y sehingga tamat musim, ini bagi memastikan akar yang terkeluar daripada bahagian bawah pasu yang telah mencengkam tanah tidak terputus, ini bagi membolehkan pokok membesar dengan kadar yang lebih cepat serta saiz pokok yang lebih besar.
Kadar siraman sekitar 2 liter sehari. Tiada baja fertigasi digunakan hanya baja slow release fertilizer (Kokei Nugget) dan baja biji NPK.
Kepada yang berminat boleh cuba kaedah iniuntuk tanaman cili jenis lain.
Nota: Petola (pada pendapat saya) lebih sensitif kepada kadar baja berlebihan serta boleh melecur daunnya.
2 komen:
mana boleh dapat kokei nugget ni?
Hehe saya pun dulu beli kat http://mycili.blogspot.com/ beli terus dari tuan dia kat kebun. Dgr citer dia amik stok kat Cameron Highland. Cuba la cari memana kedai pertanian yg jual baja, mungkin diaorg leh tolong carikan.
Catat Ulasan