Edible garden, Kitchen Garden ataupun Taman Dapur sememangnya perlu ada bagi memudahkan sedikit sebanyak kerja memasak kerana tidak perlu bergantung 100% pada sumber dari kedai atau pasar. Kini dirumah baru yang berhalaman sempit, saya telah menyiapkan sistem siraman automatik serupa sistem fertigasi, tetapi hanya sistem kecil untuk tujuan siraman sahaja manakala baja yang digunakan adalah baja biji dan slow release.
Setakat ini Cili Padi Semerah 704 berjaya mengeluarkan buah untuk kegunaan sendiri. Juga tanaman kacang panjang ungu. Kini Kacang panjang hijau dan bendi baru mula berputik. Tidak lah begitu banyak bilangan pokoknya tapi cukuplah sekadar untuk dijadikan hidangan sepiring untuk hidangan keluarga, apa yang penting ialah ianya segar dan lebih lazat. Daun Seylon, bunga kantan yang agak kurus kerana tanah kurang elok, mangga, delima juga turut menggunakan siraman automatik.
Tidak ketinggalan pokok tanaman hiasan juga menggunakan sistem siraman automatik tersebut.
Pokok panjang hijau tanpa para juga telah tumbuh sekitar 1 kaki tinggi. Selain itu cili merah 469 dan 568 turut ditanaman tetapi anak benih sudah agak tua semasa dipindahkan. Ada juga Cili "Manis" (cili merah), benih diproses daripada buah masak dari pokok yang ditanam sendiri, anak benih asal diperolehi dari seorang rakan dari Shah Alam.
Juga serai, limau kasturi, kari dan pandan turut ditanam serta menggunakan sistem siraman automatik.
Namun begitu ada juga tanaman yang disiram secara manual seperti cekur, pegaga, limau purut, dan pisang.
Nantikan catatan seterusnya berkenaan Edible Garden dengan siraman automatik.
0 komen:
Catat Ulasan