rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Selasa, 23 Jun 2009

Realisasikan Fertigasi Tanpa Hadir Kursus

Kepada mereka yang tidak pernah menghadiri Kursus Fertigasi tetapi mempunyai impian tinggi untuk menceburi bidang ini haruslah berhati-hati. Perlumengkaji kebaikan (untung) serta keburukan (rugi).

Mereka harus mempunyai tempat rujukan seperti orang perseorangan. Bagi mereka yang mempunyai latar belakang teknikal selalunya lebih mudah memahami kaedah Fertigasi ini berbanding yang lain. Namun begitu bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam juga berupaya mencapai kejayaan dengan syarat perlu melakukannya .

Ini dibuktikan oleh Saudara Sanip dari teluk Panglima Garang.

Antara faktor penting yang

perlu diambil berat:

Rekabentuk Sistem Pam termasuk penapis, layout paip utama dan subpaip, menggunakan dripper atau kapilari tiub, mempunyai tangki simpanan air tambahan jika mempunyai masalah ganguan bekalan air. Jenis pam racun yang perlu digunakan serta jenis racun kulat serta racun serangga yng perlu digunakan. Jadual meracun serta jadual siraman dan kepekatan baja mengikut peringkat umur pokok. Tidak lupa juga cara mengaktif dan merawat biji benih serta teknik semaian yang betul, serta pembajaan anak benih. Antara lain - pancang yang bersesuaian, mengenali jenis penyakit serta kaedah kawalan yang betul serta berkesan, pemantauan yang berterusan dan efektif.


Yang selebihnya kita usaha dan berdoa agar dikurniakan rezeki sebaik mungkin.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.