rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Ahad, 17 Mei 2009

Do it right at First Time

Tahniah! Untuk saudara Sanip dari Teluk Panglima Garang untuk percubaan kali pertama beliau.

Tidak pernah menghadiri kursus Fertigasi tetapi telah berjaya mengusahakan tanaman Cili Merah secara Fertigasi sebanyak 2000 pokok.

Kelihatan pokok cili milik beliau sihat dan mengeluarkan buah dengan baik, tak tau pulak cili tu jenis keturunan apa (tapi yang pasti bukan jawa hehehe... gurau jer...)



Hanya berbekalkan minat dan usaha gigih serta mempunyai latar belakang bidang teknikal, beliau berjaya mendapatkan bekalan peralatan dari Rawang serta melakukan pemasangan sendiri disamping melawat kebun rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan sedikit ilmu pengetahuan.

Oleh kerana harga cili merah yang amat rendah pada waktu ini, beliau turut memikirkan untuk mengusahakan Cili Padi pada musim akan datang, sementara itu beliau turut menyemai benih Cili Padi Semerah 704 G2 untuk percubaan - akan disiram secara manual sahaja.

Beliau turut membawa saya melawat ladang Fertigasi Mini milik rakan beliau iaitu saudara Zamri ( malangnya tiada dirumah sewaktu lawatan) yang mengusahakan Cili Semerah - Anak benih diperolehi terus dari MARDI. Ikuti catatan ringkas saya berkenaan Cili Semerah ini di lain waktu.

Catatan Berkaitan :



2 komen:

Niejam on 20 Mei 2009 pada 6:47 PTG berkata...

siram manual tu macam mana.adakah siram air sahaja atau air yang dah di bancuh dengan baja.lagi dia pakai sabut ke tanah.

Hamba Allah on 21 Mei 2009 pada 6:50 PTG berkata...

siram manual tu ceduk air dari tangki fertigasi (air + baja) siram terus ke pokok.


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.