rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Ahad, 24 Mei 2009

Virus vs EM + Racun

EMCatatan ini sengaja dilewatkan kerana sedang melakukan pemerhatian terhadap hasil tindakan EM terhadap media tanaman yang terkena serangan virus tersebut.

Sekelumit ilmu dan pengalaman untuk dikongsikan.

Pada musim yang lepas, waktu itu ketika mengusahakan cili 469, terdapat serangan penyakit dan menurut kata otai cili ni ia adalah serangan virus.

Selepas transplant 1100 pokok, terdapat banyak anak benih yang layu iaitu lebih kurang 200 pokok. Apabila dicabut anak benih tersebut pangkal pokok berhampiran akar kelihatan kecut dan ini berlaku pada keseluruhan anak benih yang layu tersebut.

Selepas habis menyulam benih mengunakan 2 tray 104 lubang


selang beberapa hari benih tersebut (benih didalam polibeng yang diserang penyakit tersebut)juga akhirnya layu seperti anak benih yang layu sebelumnya. oleh kerana kehabisan benih maka polibeg tersebut dibiarkan kosong sahaja.

Menurut otai cili, media itu perlu dibuang atau dirawat jika hendak digunakan semula. Ada yang mencadangkan gunakan racun tetapi tiada penerangan lengkap diperolehi berkenaan cara penggunaan yang berkesan.

Sementara menunggu pokok besar polibeg lain tidak menunjukan tanda-tanda serangan virus. Apabila tiba masa untuk menuai buha cili muda untuk dipasarakan, sekali lagi kelihatan tanda serangga virus ada diantara pokok menjadi layu dan simptomnya adalah sama dengan anak benih yang layu pada awal musim.

Selepas tamat musim saya cuba mencari informasi bekenaan mana-mana kisah penggunaan EM yang berjaya, namun kerana tiada info dicatatkan maka saya telah membuat keputusan untuk mencuba merawat media tersebut menggunakan EM.

Pada mulanya saya telah membeli EM1 dari internet dan saya minta khidmat nasihat penjual EM1 tersebut, namun penerangan berkenaan apa itu molasses adalah mengecewakan kerana ianya tidak tepat, begitu juga cara membancuh EM1 untuk dijadikan EMAS tidak diperolehi dengan lengkap.

Saya terus cuba mendapatkan informasi dari internet dan akhirnya selepas beberapa hari saya mencari diinternet akhirnya membuahkan hasil menemui satu website yang menceritakan kaedah menyediakan EMAS dari EM1.

Kemudian saya cuba mencari molasses tersebut dengan bantuan seorang rakan saya berjaya mendapatkannya di Bukit Pelanduk Negeri Sembilan.

Selepas menyediakan EMAS saya biarkan hampir 4 minggu sebelum digunakan ini bercanggah dengan informasi yang saya perolehi dimana ia perlu digunakan dalam masa 14 hari selepas disediakan untuk hasil yang berkesan.

Terdahulu dari itu media yang terkena serangan virus telah dikeluarkan dari polibeg dan dijemur beberapa minggu sebelum disembur dengan racun serangga + racun kulat yang terdapat didalam simpanan saya.

Ketika itu cuaca masih tidak menentu dan masih terdapat hujan, oleh itu media masih lembab.Media yang telah dirawat menggunakan racun tersebut dimasukkan semula kedalam polibeg dan hanya disiram secara manual menggunakan EMAS dengan nisbah lebih kurang 1:200 dengan campuran air, jumlah siraman untuk satu polibeg lebih kurang 250ml sahaja. Manakala media yang lain didalam polibeg disiram dengan cara mencampurkan EMAS kedalam tangki air 600 gelen dan dipam sebanyak 6 kali pada waktu malam (supaya EMAS tidak terjejas akibat pemanasan paip utama disiang hari). Kenapa pam 6 kali - ini untuk memastikan air siraman yang bercampur EMAS tidak keluar dari polibeg untuk memastikan tiada pembaziran berlaku.

Media yang dahulunya terkena serangan virus telah diletakan pada satu kawasan yang sama pada lebih kurang 3 baris subpaip / subline. Untuk pemerhatian yang lebih berkesan.

Seterusnya media disiram mengikut jadual siraman anak cili iaitu disiram sebanyak 6 kali dan air berjumlah 1 liter sehari sehingga anak benih sedia untuk transplant (lebih kurang 1 minggu).

Berdasarkan pemerhatian selepas 1 bulan transplant anak benih Cili Padi Semerah 704, didapati tiada kesan serangan virus setakat ini.

Kepada mereka yang sanggup mengambil risiko bolehlah mencuba teknik tersebut diatas (diatas risiko sendiri), sekiranya tidak sanggup mengambil risiko maka tukarlah media tanaman tersebut, seterusnya media yang diserang virus itu bolehlah diasingkan dan dibuat eksperimen pada test bed @ tapak eksperimen, jika tidak pada pendapat saya media tersebut harus dibuang jauh-jauh atau dibakar jika boleh.

Wallahua'lam.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.