rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Rabu, 20 Mei 2009

Cili Semerah Original

Menurut tuan ladang mini tersebut, saudara Zamri dari Teluk Panglima Garang.

Jumlah pokok 400 - hampir kesemua polibeg ditanam dengan dua pokok, anak cili tersebut diperolehi terus dari MARDI, siraman 2 kali sehari, pada mulanya beliau menggunakan baja pada kadar yang agak pekat juga dan saiz buah yang dihasilkan adalah besar maka beliau telah mengurangkan sedikit sukatan baja (hampir 50% kurang) supaya buah tidak terlalu besar.

Hasil purata 20kg sebulan. Seperti mana-mana pokok cili padi, cili semerah ini turut akan putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah.


Pada musim pertama beliau menamam cili merah, cili semerah ini ditanam pada musim kedua ladang beliau. Harga pasaran setempat RM8 sekilo.

Ini adalah ladang pertama Cili Semerah Original yang diusahakan secara fertigasi yang sempat saya lawati.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.