rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Sabtu, 16 Mei 2009

Usia Cili Padi Semerah

Setakat ini Ladang Rujukan Cili Padi Semerah 704 yang dimiliki oleh Sifu (500 pokok) telah tamat musim. Usia pokok telah melepasi 12 bulan. Dengan ini juga penghasilan Biji Benih Cili Padi Semerah 704 G1 (Generasi Pertama) turut ditamatkan. Pokok Cili Padi Semerah 704 G2 (generasi ke-2) anak kepada pokok Cili Semerah 704 G1 dari ladang Sifu masih belum diuji pertumbuhan serta perkembangannya.

Sifu dalam proses membuat keputusan benih mana yang ingin digunakan samada Cili Semerah Ori yang diperolehi dari MARDI atau benih dari keturunan Cili Semerah 704 yang digunakan sebelumnya.



Manakala benih Cili Semerah dari MARDI ini agak sukar didapati serta ada diantara rakan yang mencuba kadar pertumbuhan adalah rendah (benih yang mereka beli - benih yang orang lain guna saya tak tahu), punca kadar pertumbuhan rendah adalah tidak diketahui. Maklumat yang kami perolehi Cili Padi Semerah MARDI ini bukanlah dari jenis F1, ini bermaksud biji benih dari buah yang masak boleh diproses untuk dijadikan benih. Kemungkinan samada pertumbuhan anak benih berbeza dari pokok asal adalah tidak dapat dipastikan lagi.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan benih Cili Padi Semerah 704 G2 bagi tujuan percubaan keatas Test Bed @ Tapak Eksperimen boleh menghubungi saya chullenmn@gmail.com

Kini proses menyemai benih semerah dari pokok Cili Padi Semerah 704 G2 (generasi ke-2) sedang dilakukan sebagai kajian peribadi juga oleh rakan seperjuangan yang ingin menambah jumlah pokok di ladang mini beliau. Hasil hanya boleh diketahui sekitar 4 bulan lagi.

Catatan Berkaitan :



1 komen:

Bahrin berkata...

SALAM.... BOLEHKAH ENCIK MEMBANTU SAYA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT KAWASAN PENANAMAN CILI PADI SEMERAH INI...


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.