rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Khamis, 2 April 2009

Hasil Cili Merah vs Penjimatan Baja

Secara amnya pada pendapat saya kita patut berbangga jika hasil purata untuk tanaman secara terbuka melebihi 1 KG sepokok untuk cili besar. Dan haruslah kita betul-betul menimbang kadar baja serta saiz buah yang disasarkan, juga lain-lain kesan kos maintenance akibat daripada saiz pokok samada besar atau kecil juga kesan serangan penyakit akibat saiz pokok seterusnya jangkaan hasil tuaian dalam bentuk nilai RM yang dijangka, serta nilai sebenar RM yang diperolehi

Rujukan:

Cili 469 menggunakan kadar kepekatan baja 1.5mS panjang buah pada usia

2 bulan antara 8" hingga 10" hujung tangkai ke hujung buah, buah sederhana besar dan harga buah hijau tidak kurang Rm5/KG ditempat saya untuk buah muda (buah merah taksempat jual dah habis dipetik serta dicuri Mat Gian hehehe). Manakala pada usia pokok yang lebih kurang sama dengan menggunakan kadar kepekatan baja 2.0mS berjaya menghasilkan buah sepanjang diantara 12" hingga 13" hujung tangkai ke hujung buah.

Persoalannya:

1. adakah saiz buah yang besar senang dipasarkan dan senang dibeli pelanggan runcit atau buah yang bersaiz sedehana lebih senang dipasarkan serta menarik minat pelanggan runcit.

2. berapa beratkah hasil yang dikeluarkan dengan kepekatan 2.0mS berbanding 1.5mS untuk setiap pokok

3. adakah lebih baik menghasilkan buah bersaiz sederhana serta banyak berbanding buah yang besar (oversize) tetapi sedikit

4. petik buah hijau dan kurang penyelengaraan, cepat pulangan, pulangan sedikit dan risiko sedikit rendah

5. petik buah merah, penyelengaraan lebih lama serta pulangan yang sedikit lewat, lebih sedikit pulangan dan lebih sedikit risikonya.

5. berapa liter baja A & B diperlukan setiap satu bagi mendapatkan kepekatan 2.0 mS dan 1.5 mS

Pelik tetapi benar

1. menggunakan kepekatan baja pada kadar 1.2 mS bermula dari transplant sehingga pokok dewasa ( berusia kurang dari 3 bulan dan telah melakukan tuaian sulung) dan tidak bercadang untuk menambah kepekatan baja kerana sudah berpuas hati dengan hasilnya. Pada waktu lawatan saya di ladang tersebut, setiap pokok anggaran buah yang berada di pokok ialah 1kG sepokok, dan pokok masih mengeluarkan bunga dengan lebat - Cili 568. Sudah tentu ada diantara pokok yang tidak sihat, itu perkara biasa dan ada juga teknik tersembunyi disebalik kisah penjagaan cara yang sedemikian rupa yang tidak berupaya dibongkar sepenuhnya. Saiz buah sederhana, pokok besar. Harga jualan pertama Rm5.5o sekilo untuk buah merah.

2. menggunakan baja pada kadar 0.6 mS serta baja biji tambahan serta foliar, berupaya menghasilkan kadar purata 1KG sepokok - Cili 469, tidak sesuai untuk skala kecil. Pemilik berpuas hati dengan hasilnya. Saiz buah sederhana, pokok kecil, harga jualan diantara RM5 ke RM7 sekilo untuk buah merah mengikut pasaran serta keadaan buah. Kurang masalah pokok tumbang.

Persoalannya:

1. adakah saiz pokok yang penting
2. atau saiz buah yang penting
3. atau hasil pengeluarannya dimana pengusaha sudah cukup berpuas hati dengan nilai pulangan RM yang diperolehinya.
4. adakah lebih baik musim yang lebih pendik dengan hasil yang sedikit rendah berbanding dengan musim yang panjang untuk jenis benih yang sama atau sebaliknya

Yang penting tepuk dada tanya selera, peduli apa orang lain nak kata, yang penting kita berpuas hati dengan hasil pulangan yang diperolehi dalam nilai RM berbanding kos penyelengaraan, risiko serta kos baja dan lain-lain kos.

Yang penting kita perlu mangambil kira risiko boleh jangka dan risiko tidak boleh jangka.

Sebelum berputih mata dengan keputusan yang dibuat.... pilih lah untuk pasarkan buah hijau atau buah merah. Terpulang pilihan masing-masing. Apapun Teknik dan Skil adalah segalanya selain daripada anugerahNya.

Wallahua'lam.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.