rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Khamis, 2 April 2009

Benih Cili Semerah

Benih cili semerah yang digunakan adalah dari benih asal yang diperolehi 3 bulan sebelum perasmian Cii Semerah oleh Pak Lah.

Penyedian benih yang diamalkan oleh Sifu adalah lebih kepada teknik tradisional dan kadar percambahan yang dicapai adalah dibawah 70%.

Dengan gabungan penghasilan biji benih Teknik Tradisional dan Teknik Moden, kadar percambahan telah berjaya dipertingkatkan kepada melebihi 85% berdasarkan percubaan semaian keatas 10 tray. Dimana biji benih menjalani proses penyaringan 4 peringkat

serta pengawetan secara tradisional bagi menjamin kualitinya. Setakat ini benih dicadangkan disimpan tidak lebih dari 3 bulan sahaja. Benih yang telah disediakan akan disimpan sebahagian daripadanya untuk kajian yang seterusnya iaitu, kajian kadar percambahan pada usia simpanan biji benih melebihi 6 bulan dan melebihi 12 bulan, bagi memastikan benih berupaya bercambah pada kadar yang tinggi untuk simpanan selama 12 bulan. Mengikut maklumat yang saya perolehi kadar percambahan melebihi 80% adalah dikira peratusan percambahan yang sangat baik.

Buat masa ini ada pihak yang berminat dan telah bertanya untuk mendapatkan biji benih bagi menyediakan 10,000 anak benih untuk ladang mereka di Negeri Selangor.

Kepada yang berminat saya dan rakan-rakan bersedia membantu untuk menyediakan biji benih mengikut cara penyediaan "Professionally Home Made Semerah Chille Seeds"seperti yang kami praktikkan setakat ini. Dimana warna biji benih adalah cerah, mirip warna kuning keemasan.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.