rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Jumaat, 27 Mac 2009

Tuaian Cili Padi Semerah

Bagi pokok yang telah matang, untuk pokok berjumlah 500 pokok hasil tuaian adalah 3KG untuk setiap hari. Kiraan kasar adalah seperti berikut:

3KG X 30 hari X RM10 = RM900 untuk sebulan.
(Hasil purata bagi setiap pokok adalah 6gm sehari atau 180gm sebulan)

Ini adalah hasil sebenar yang dipetik oleh Sifu dan sememangnya banyak lagi buah yang tidak dituai kerana, buah hanya dituai pada lewat petang selepas pulang dari kerja.

Sekiranya harga melebihi RM10 maka lebih lagilah

RM yang diperolehi. Harga jualan biasa kepada peruncit adalah diantara RM10 hingga RM13.

Saiz pokok agak kecil kerana Sifu hanya menggunakan polibeg 12 X 12 serta penggunaan baja yang sangat cair sewaktu pokok masih kecil dan hanya menambah kepekatan baja apabila pokok telah matang, ini adalah kerana pada permulaannya beliau hanya ingin mencuba tanaman Cili Padi Semerah ini secara Fertigasi serta ingin menjimatkan penggunaan baja. Namun begitu hasilnya tetap memberansangkan. Kini beberapa teknik penjimatan baja telah dapat dikenal pasti daripada pengalaman beliau serta dari pengalaman rakan seperjuangan yang lain termasuk diri saya sendiri.

Sekiranya menggunakan polibeg 16 X 16 serta penggunaan baja yang berpatutan pada peringkat umur yang bersesuaian, saiz pokok boleh dipertingkat dan hasil tuaian adalah dijangka lebih tinggi.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.