rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Ahad, 25 Januari 2009

Satu vs. Dua Pokok Setiap Polibeg

Kepada yang berani mencuba serta mengambil risiko boleh jangka, boleh membawa kejayaan dalam skopnya yang tersendiri.

Idea baru yang mungkin boleh dicuba dan dipraktikkan adalah menanam 2 pokok cili pada 1 polibeg.

Kebaikan:



- Menamatkan musim lebih awal, semusim hanya 4 atau 5 bulan sahaja, tidak perlu menunggu sehingga 6 bulan dari tarikh transplant untuk tanam semula
- Menuai hasil buah sulung yang lebih banyak
- Untuk tanaman terbuka
- Kos permulaan hanya pada benih dan media semaian
- Jumlah air yang sama 2 liter - 3 liter setiap polibeg
- Kepekatan baja purata 1.5mS

Keburukan:

- Polibeg menjadi lebih berat
- Risiko tumbang lebih tinggi
- Perlu mengawal jumlah kepekatan baja dan air yang sesuai
- Rumah semaian yang lebih besar diperlukan
- Risiko penyakit lebih tinggi kerana daun yang merimbun

Kesimpulannya idea tersebut boleh dicuba pada skala kecil ie; 100 pokok dari 1000 pokok. Kawalan kepekatan baja dan air amat kritikal bagi menentukan saiz pokok serta buah. Tidak sesuai untuk mereka yang target hasil purata 3 kg sepokok. Mungkin sesuai untuk mereka yang target hasil purata antara 1 kg hingga 2 kg lebih (bawah 3 kg) sepokok sahaja. Pemilihan jenis benih cili juga adalah kritikal, lebih sesuai untuk pokok yang pada asalnya memang bersaiz kecil.

Kemaskini 9 Feb 2009:

1 pokok satu polibeg buah lebih lebat dan lebih besar, buah sulung tidak menampakkan beza yang jelas antara 1 polibeg 1 pokok dengan 2 pokok 1 polibeg, tetapi buah pada cabang ketiga dan seterusnya terdapat perbezaan yang jelas.

Maka dengan itu adalah tidak praktikal menanam 2 pokok dalam 1 polibeg.

Catatan Berkaitan :



3 komen:

che epy on 26 Januari 2009 pada 9:28 PG berkata...

Sorry lama kawan x bg update.
Skrg ni tgh sibuk isi polybag, proceed with 1000 dulu. Lepas ni nak buat piping plak then baru bleh jalan. Penat semua buat sendiri.

Ko buat berapa ribu pokok? Semua buat sendiri ke?

Hamba Allah on 27 Januari 2009 pada 3:02 PG berkata...

Musim 1 gagal, 1187 pokok benih 568. Musim kedua 469, reduce kpd 1100 pokok, baru dua bulan lebih sket, dah mula jual buah muda.

a ah lah semua setup, semai benih buat sendiri... dengan ahli keluarga...bantuan oleh ayahanda n bonda n sorang anak anak sedara lelaki sekali sekala dtg menolong. tanaman dijaga oleh mereka pasal sya keje kat jauh... hehehe

musim nie pokok rosak dlm 200 pokok, masalah media kena kula tkot, reput pamgkal pokok, kali nie aku target 2kg sepokok, ingat musim depan nak guna 568 semula n target 3 kg sepokok n baja max 2.5mS and air antara 2 ke 3 liter sepokok.

che epy on 27 Januari 2009 pada 7:53 PTG berkata...

Rata-rata tanya org pun ckap cili bleh dpt <1kg/pokok. Masa start dulu ingat nak buat 2k, tapi 2 org je tolong kerjakan so kitaorg reduce 1k. Bile dah jalan nanti slow2 pasang 1k lagi. Once dah jalan nanti aku sharekan gambar, byk aku nak minta guide nanti.


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.