rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Jumaat, 6 Februari 2009

Trend terkini pencuri durjana

Disebabkan harga besi yang kini amat rendah, pencuri telah mula mengalihkan tumpuan kepada kerja-kerja mencuri hasil tanaman pertanian. Kebun saya sudah beberapa kali dikerjakan oleh pencuri durjana. Masih lagi dalam proses menilai anggaran jumlah buah cili yang telah dicuri.

Manakala ditempat kawan saya trend mereka mencuri pisang dan ubi kayu.

Apa nak jadi nieh.. kita kena keluar modal dan tenaga, dia senang-senang jer nak perabihkan hasil yang kita nanti-nantikan.

Kemaskini 9 Feb 2009:



Kerugian dianggarkan antara 50kg - 100kg buah cili muda. Harga terkini Rm5/kg.

Pencuri tersebut bergerak dalam kumpulan, bahkan ada orang kampung yang terserempak dengan mereka sewaktu cuba menjual hasil cili curi tersebut, tetapi enggan memberi tahu siapakah gerangannya yang melakukan kerja-kerja terkutuk itu, yang pada dasarnya mereka memang diketahui oleh satu kampung sememangnya mereka itu adalah kaki curi, malangnya kerana kaki curi itu agak ramai maka tidak dapat dipastikan siapakah sebenarnya mereka itu atau adakah kesemua mereka itu terbabit sama. Yang pasti kesemua mereka itu adalah kaki penagih.

Berita terbaru mereka juga mencuri pisang dan buah kelapa sehingga tanpa segan silu mengait buah kelapa yang masih berada diatas pokok pada waktu disiang hari, sedangkan pada ketika itu tuan rumah terpaksa merelakan perkara tersebut berlaku kerana takut diancam oleh penyangak tersebut (iaitu seorang wanita tua yang hanya berada bersama seorang cucu yang masih kecil dirumah pada ketika itu). Yang peliknya tuan rumah tidak berani melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Ada diantara penyangak tersebut pernah dibelasah teruk, diikat, dan di taburkan dengan dengan kerengga sebelum dihantar ke balai polis. Tetapi selepas dibebaskan tetap masih lagi mengulangi perbuatan penyangaknya itu tanpa segan silu.

Tetapi siapakah sebenarnya penyangak yang mencuri hasil cili tersebut masih belum dapat dipastikan lagi.

Untuk tindakan segera terpaksalah mengutip dan menjual semua cili muda yang bersaiz sederhana dan besar untuk mengelakan dari terus dicuri. Buah yang masih kecil serta yang belum matang terpaksalah juga ditinggalkan. Semoga Allah melembutkan hati mereka serta memberi mereka hidayat supaya bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatan mereka itu.

Tak tahulah apa nak jadi... wallahua'lam.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.