rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Ahad, 25 Januari 2009

Pasarkan Cili Muda vs. Cili Merah

Seperti yang kita sedia maklum harga cili merah sudah pastinya lebih mahal daripada harga cili hijau.

Kebaikan menjual cili hijau:

- Hasil boleh dituai selepas 60 hari transplant
- Dapat memendekan masa tanaman semusim antara 14 hari hingga 30 hari atau mungkin lebih
- Mengurangkan resiko buah rosak akibat serangan serangga atau kulat
- Boleh mendapat modal

pusingan segera untuk pembelian baja serta upah pekerja
- Harga cili hijau yang pernah saya pasarkan diantara RM5 hingga RM6.50 sekilo (Cili 469), pada bulan Januari 2009 di Bahau, N.9
- Mengurangkan berat pokok serta risiko tumbang
- Kata orang cili hijau lebih berat timbangannya berbanding cili merah
- Sekiranya permintaan pasaran cili hijau kurang mendapat sambutan disesuatu kawasan, sebahagian cili hijau boleh dibiarkan masak untuk dipasarkan

Kebaikan menjual cili merah:

- Harga lebih mahal
- Lebih pedas ie; cili 469

Kesimpulannya memasarkan cili hijau adalah lebih praktikal berbanding cili merah. Tak gitu...? Sila komen, apa pendapat anda?

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.