rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Khamis, 6 November 2008

Timer

Timer ialah satu alat yang digunakan untuk mengukur jarak masa. Bagi Timer yang digunakan pada sistem fertigasi ia perlu mengukur jarak masa dan menghidupkan pam air elektrik mengikut jadual yang kita tentukan untuk memastikan siraman dilakukan secara otomatik mengikut jadual yang telah dikenal pasti.

Jumlah masa yang diperlukan untuk sesuatu plot tanaman bergantung kepada rekabentuk sistem paip serta jumlah pokok yang ditanam. Pada kebanyakan manual fertigasi mengatakan pokok cili memerlukan antara 1.0 hingga 2.0 liter air sehari.

Timer 1:



Timer Digital biasa yang boleh didapati di kedai dalam talian. Timer ini boleh diset pada jarak masa minima 1 minit. Ia boleh disetkan sehingga 8 kali "on\off". Kuasa maksima adalah melebihi 3000Watt. 1HP (horse power\kuasa kuda) pam air adalah bersamaan 746W, untuk 2HP pam air bersamaan 1492Watt. Kurang dari separuh kuasa maksima yang boleh dibekalkan oleh timer berkenaan. Ini bermakna apabila kuasa maksima Timer tidak dicapai maka usia Timer pada lojiknya boleh bertahan lebih lama. timer ini berharga sekitar RM40-50 sahaja.

Timer ini telah diuji mengunakan 2 unit pam berkuasa 2HP, iaitu bersamaan 2984Watt untuk hampir satu musim dan kemudiannya dipasangkan kepada 1 unit 1HP pam air dan ianya tetap berfungsi dengan baik.

Sekiranya anda ingin memastikan keselamatan lebih terjamin maka eloklah dipasangkan Timer tersebut kepada "Contactor" dan dari "Contactor" barulah dipasangkan kepada pam air, kos keseluruhan mungkin mencecah sekitar RM200. Timer ini mempunyai bateri, sekiranya bekalan elektrik terhenti, jamnya akan terus berfungsi walaupun pam tidak berjalan pada ketika itu, sebaik sahaja bekalan elektrik kembali pulih jamnya tidak perlu disetkan kembali dan jadual pam tidak terganggu.

Timer jenis ini biasanya disetkan untuk menghidupkan motor pada jarak masa minima 2 ke 3 minit ( boleh ubah mengikut keperluan ladang yang berlainan) untuk 5 atau 6 kali sehari bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30petang. Masa yang ditentukan perlulah mengikut jumlah air yang telah ditentukan dengan mengukur jumlah air yang keluar dari "dripper" bagi sesuatu ladang untuk setiap satu minit bagi keseluruhan ladang untuk setiap pokok.

Timer 2:

Ada peniaga yang mengatakan timer jenis ini tidak tahan lama, kita perlu meggunakan timer yang lebih baik yang sudah pastinya harganya juga jauh lebih tinggi (strategi bisnes la kot). Timer ini berharga paling rendah pun RM400. Timer ini berteknologi analog dan apabila bekalan elektrik terhenti maka jamnya turun berhenti dan perlu diset semula, sekiranya tidak diset semula maka waktu pam berjalan sudah tidak lagi mengikut jadual. Silap-silap pam akan beroperasi pada waktu malam. Timer jenis ini biasanya menggunakan 2 Timer dalam 1 dan juga "Contactor" untuk keselamatan yang lebih terjamin. Timer pertama hanya boleh diset pada jarak masa lebih kurang 10 ke 15 minit dan ianya tidak tepat, oleh itu ia akan disambungkan kepada timer kedua yang mana jarak masa boleh di set kan pada jarak masa minima kurang dari seminit.

Saya juga menggunakan Timer jenis pertama diatas untuk Sistem Fertigasi Mini 10 pokok dan ianya tidak memerlukan "contactor" kerana hanya menggunakan pam akuarium. Timer jenis kedua saya gunakan untuk ladang cili bagi 2Hp pam air. Pernah berlaku ganguan bekalan elektrik dan pam beroperasi pada waktu malam. Selepas beberapa kali bekalan elektrik terputus Timer pertama dari 2 Timer dalam 1 telah rosak. Saya kini menggunakan Timer jenis pertama + Timer kedua dari Timer 2 dalam 1 + Contactor.

Untuk kegunaan pam air 2HP saya mencadangkan gunakan Timer jenis pertama diatas sahaja.

Dan untuk ciri keselamatan berganda Timer ini boleh disambungkan kepada "Contactor" dan kesemua peralatan ini boleh dipasang didalam kotak "DB" jenis "Metal". Untuk ini anda perlu menggunakan khidmat Juruelektrik bertauliah kerana perlu menggunakan jenis wayar yang sesuai bagi mengelakkan berlaku kebakaran elektrik.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.