rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Ahad, 9 November 2008

Dripper Tersumbat

Bagi ladang Fertigasi, dripper tersumbat merupakan perkara biasa. Cara bagi memeriksa dripper tersumbat ialah dengan memerhatikan keadaan pokok pada waktu tengah hari yang panas.

Sekiranya pokok itu layu lebih dari pokok yang lain ini menunjukan dripper tersumbat, jika tersumbat sepenuhnya pokok akan terus layu dan daun akan terus kering dan pokok akan mati, tetapi sekiranya separuh tersumbat maka pokok akan terbantut serta layu setiap kali cuaca panas.

Antara penyebab utama dripper tersumbat adalah mendakkan bahan baja yang mengeras dan menjadi seperti butiran pasir, air keluar pada kadar

perlahan atau terhenti. Penyelesaian amat mudah hanya cabut dripper dan pastikan air mengalir laju dan masukan semula dripper (cuci jika perlu) ke microtube.

Ada kes nipper pula yang tersumbat, semasa pam beroperasi - cabut dripper periksa kelajuan air dan bandingkan dengan dripper bersebelahan, jika air perlahan, cabut nipper dan tiup dari arah berlawanan, jika angin yang keluar laju maka masalah tersumbat selesai, kalau angin bergerak perlahan samada nipper tersumbat atau selaput pada bahagian dalam microtube terlalu tebal, tiup sekuat hati dari kedua hujung beberapa kali, sekiranya angin keluar dengan laju masalah tersumbat selesai, masukan semula nipper pada paip 16mm dan periksa kelajuan air pada microtube dan dripper.

Sebab lain, keladak daripada bahan baja seumpama lendir ataupun kelihatan seperti hingus (ikut pengalaman warna putih untuk set fertigasi mini dan warna hitam untuk ladang fertigasi) akan menyelaputi microtube, air keluar pada kadar perlahan atau terhenti.


Penyelesaian:

Set Fertigasi Mini

Semasa pam beroperasi cabut dripper dan picit microtube dari pangkal ( berdekatan poly 16mm) dan lepaskan, picit lagi microtube pada jarak 1 inci dan ulangi sehingga sampai pada penghujung microtube ( tempat dripper ) pastikan air mengalir laju jika tidak ulangi langkah diatas sekali lagi, biasanya jika tersumbat seperti ini lendir atau selaput akan keluar kelihatan seperti hingus berwarna putih\perang dan masukkan semula dripper (cuci jika perlu) ke microtube.

Ladang Fertigasi

Semasa pam beroperasi, cabut dripper, oleh kerana tekanan yang tinggi, biasanya lendir berwarna hitam akan keluar dan biarkan untuk beberapa saat, masukkan dripper dan cabut kembali dripper, ulangi proses ini untuk beberapa kali walaupun air keluar pada kadar yang laju, ini adalah bagi memastikan semua kotoran dalam microtube keluar.

Masalah microtube tersumbat\berlendir pada bahagian dalam kerapkali terjadi pada microtube bersaiz 4/6mm (lembut dan tidak berkilat) manakala pada microtube 3/5 (keras dan berkilat) kes seperti ini lebih rendah.

Musim Kedua:

Bagi memastikan tiada masalah Dripper tersumbat pada musimkedua, maka lebih baik kita lakukan penyengaraan dripper. Lebih baik jika ada tenaga kerja yang lebih sebagai contoh 4 orang. Jalankan pam untuk flushing media mengikut jadual siraman biasa, selepas 2 hari (sebagai contoh) cabut dripper dan pastikan air yang keluar dari microtube adalah pada kadar kelajaun biasa, kalau tidak cuci microtube atau periksa nipper jika tersumbat, cuci dripper dan pasang semula. Ini bagi memastikan masalah dripper tersumbat adalah minima bagi musim kedua.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.