rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Isnin, 27 Oktober 2008

Hasil Purata Bagi Cili 469 dan 318

Fakta yang diperolehi melalui bancian atau lawatan ke ladang fertigasi terbuka, di alam yang nyata, bukannya di alam fantasi.

Untuk benih 469 jumlah hasil yang diperolehi bagi satu musim selama 7 bulan selepas mengubah anak benih kedalam polibeg, berjumlah 7000KG bagi 7500 pokok. Oleh itu purata satu pokok cili hasilnya adalah 7000/7500 = 0.93KG. Tanaman ini menggunakan baja tambahan.

Untuk benih 318 jumlah hasil yang diperolehi bagi satu musim ( tidak pasti berapa bulan untuk satu musimnya) selepas megubah anak benih kedalam polibeg, berjumlah 6800KG bagi 6000 pokok. Oleh itu purata satu pokok cili hasilnya adalah

6800/6000 = 1.13KG. Tanaman ini juga menggunakan baja tambahan.

Menurut data yang ada diatas purata hasil bagi satu pokok cili adalah:

= 0.93KG (benih 469) + 1.13KG (benih 318)
= 2.06 KG /2
= 1.03KG
= penggenapan -0.03KG
= 1KG untuk satu musim bagi satu pokok cili.

Oleh itu kita perlu membuat bajet bagi baja dan lain-lain perbelanjaan supaya hasil yang diperolehi memberi untung bersih yang positif. Sekiranya "projection" aliran tunai menunjukan pendapatan negatif, cuba tingkatkan jumlah pokok cili yang perlu ditanam supaya "overhead cost" dan pendapatan yang dijana boleh memberi pulangan keuntungan positif pada aliran tunai.

Ini kerana lagi banyak jumlah pokok yang ditanam maka lagi banyak keuntungan yang diperolehi namun begitu kos permulaan adalah lebih tinggi dan tempoh pulang modal mungkin mengambil masa lebih lama.

Setakat ini saya masih belum bertemu dengan bukti kukuh yang mengatakan satu pokok cili boleh memngeluarkan hasil sebanyak 3KG untuk satu musim samada bagi tempoh 6 atau 7 bulan bagi setaip satu musim (bergantung kepada jenis benih).

Namun begitu ada kenyataan yang dibuat oleh pengusaha fertigasi bahawa benih 568 boleh memberi hasil sebanyak 3Kg bagi satu musim dengan syarat penjagaan perlu dilakukan dengan sempurna (pembajaan dan kawalan serangga)

Kepada yang berminat untuk membuat percubaan terhadap mana-mana benih cili dipersilakan. Harap dapat berkongsi dengan saya tentang informasi berkenaan hasil purata yang diperolehi untuk satu pokok bagi mana-mana jenis benih cili yang telah ditanam mengikut pengalaman sendiri atau fakta yang diperolehi melalui bancian atau lawatan ke mana-mana ladang cili fertigasi.

Harap boleh memperolehi data dan fakta yang benar sahaja tiada lain melainkan yang benar sahaja.

Sila lawat dan rujuk mana-mana ladang cili fertigasi yang menggunakan formula baja yang berbeza atau formula kajian terbaru. Mungkin hasilnya adalah benar-benar 3 kilo sepokok atau mungkin lebih.

Kemaskini 25 Januari 2009

Melalui pemerhatian serta pengalaman selepas mencuba tanaman cili 469 buat pertama kali pada pusingan kedua dikebun fertigasi, saya percaya 1 pokok cili 469 boleh menghasilkan purata lebih dari 1 kg untuk setiap pokok jika kepekatan baja diberikan pada kadar purata 1.5mS - air antara 2 liter ke 3 liter air sehari (akan dikemas kini selepas musim tanaman cili 469 tamat), manakala hasil purata adalah 1 kg sepokok jika kepekatan baja diberikan pada kadar purata 0.6mS - air 1.65 liter sehari sepanjang hayat pokok (pokok menjadi rendah dan buah kurang). Sekiranya kepekatan baja yang diberi serta jumlah air yang berpatutan, saya percaya apa yang digembar-gemburkan mengenai hasil purata untuk sepokok cili adalah 3 kg itu adalah benar. Malah ada yang mengatakan hasil purata cili 568 mencecah 5 kg sepokok dengan mengubah suai formulasi baja A & B.

Catatan Berkaitan :



1 komen:

lutfie on 29 Oktober 2008 pada 10:29 PTG berkata...

Terima kasih atas informasi yang diberikan.

Saya memang bercadang hendak mengadakan tanaman ujian untuk musim kedua ni, saya ingat na tanam pelbagai variasi cili dalam satu ladang, dengan sistem pembajaan dan kawalan serangga yang sama. Saya harap dapat membuat statistik berkenaan variasi cili yang paling sesuai untuk ditanam secara komersial. Persoalannya adakah akan timbul masalah atau kesukaran dalam kawalan penyakit apabila kita menanam pelbagai variasi cili dalam satu kawasan penanaman? harap saudara dapat memberikan pendapat.


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.