rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Khamis, 23 Oktober 2008

Aliran Tunai

Sebelum memulakan apa-apa perniagaan sekali pun, kita jangan terlepas pandang berkenaan kerja-kerja seperti kajian tentang potensi perniagaan tersebut dari sudut pemasaran, penyediaan tapak, bagunan, perlatan-peralatan, latihan dan yang penting sekali adalah hasil dan pulangan yang baik.

Untuk itu kita harus memastikan aliran tunai adalah betul. Untuk sistem fertigasi, kita perlu tahu berapakah jumlah pokok minima untuk diusahakan yang berpadanan dengan tenaga kerja serta kos operasi seperti sewa tanah, upah, bahan input seperti baja, baja tambahan, racun dan lain-lainya yang perlu dikeluarkan setiap bulan, setiap beberapa bulan atau tahun.

Sudah pasti kita memerlukan modal untuk

mengusahakan tanaman fertigasi ini. Yang penting kita harus memastikan usaha kita itu adalah berbaloi. Kita harus mengambil kira keuntungan bersih yang diperolehi denga cara "projection" supaya modal yang dilaburkan akan diperolehi semula dalam jangka masa tertentu sebagai contoh 2 tahun.

Kita tidak boleh hanya mengambil kira hasil yang akan diperolehi sahaja tanpa mengambil kira perbelanjaan yang juga harus kita keluarkan setiap bulan.

Untuk memastikan kita mengetahui jumlah pulangan yang akan diperolehi kita haruslah mengetahui kos yang perlu dikeluarkan sebagai modal permulaan, jangkaan hasil tuaian yang sepatutnya diperolehi, kos penyelengaraan, upah, bil elektrik, air dan telefon serta kos tanam semula dan lain-lain lagi. Kita juga perlu mengetahui kos yang perlu dikeluarkan berulang kali pada jarak masa tertentu seperti baja, racun, cocopeat dan- lain-lain lagi untuk jumlah pokok yang kita telah kenal pasti yang mana juga bergantung kepada keluasan tanah.

Ilmu yang saya ada hanyalah sekelumit sahaja dan bukanlah juga seorang yang pakar dalam bidang kertas kerja fertigasi ini. Namun menurut kebiasaan kos permulaan untuk 5000 pokok sekitar RM16000.00, ini tidak termasuk kerja-kerja pembersihan dan penyediaan tapak serta bangsal dan pagar. Hasil yang diperolehi pula bergantung kepada jenis benih\pokok dan yang paling penting baja dan kawalan penyakit serta peyelengaraan yang sempurna. Bilangan pekerja perlulah diminimakan dan tenaga yang dikeluarkan perlulah dimaksimakan.

Kita perlulah memastikan juga supaya tiada kos yang perlu ditanggung akibat kesilapan pemilihan jenis polibeg, saiz paip utama, rekabentuk sistem tangki\pam serta rekebentuk sistem paip. Ini kerana kesemuanya itu memainkan peranan yang sangat penting terhadap kesuburan pokok yang mana bergantung kepada tekanan air yang perlu dihasilkan dengan betul, sekiranya rekabentuk dan pemilihan peralatan yang salah telah berlaku maka akibatnya amatlah buruk sekali. Tanaman mungkin terbantut dan tidak berupaya mengeluarkan hasil dengan baik.Tidak untung pun tidak mengapa tetapi paling tidak biarlah pulang modal untuk jangka masa yang anda tentukan seperti 4 musim atau 2 tahun.

Dimana-mana kursus fertigasi, aliran tunai tidak dibincangkan sepenuhnya. Untuk itu kita perlulah mencari sendiri bagaimana untuk menyediakan kertas kerja aliran tunai. Tetapi sebelum itu pastikan kursus yang diikuti benar-benar berkesan sama ada dari segi teori, praktikal termasuk rekabentuk sistem tangki\pam, sistem paip, kawalan baja, serangga dan juga penyelengaraan yang berkesan serta mengetahui kos permulaan projek dan kos penyelengaraan untuk jumlah pokok yang telah ditetapkan, kos berulang kali, termasuk upah pekerja dan diri kita sendiri.

Pastikan "projection" aliran tunai adalah menguntungkan dengan mengambil kira kos luar jangkaan. Maka dengan itu barulah boleh kita mulakan projek tanaman fertigasi ini secara besar-besaran.

Antara perkara yang boleh mengurangkan kos permulaan dan bulanan kita adalah bermula dengan pemilihan tapak yang betul-betul sesuai iaitu telah rata dan tidak tenggelam apabila hujan turun dengan lebat serta terdapat sumber air asli seperti sungai, lombong atau perigi.

Kos permulaan yang paling mahal adalah kos penyediaan tapak.

Contoh aliran tunai :

untuk cendawan:-

http://cendawan-tiram-online.wetpaint.com/page/Contoh+aliran+tunai+projek?t=anon

untuk cili:-

belum siap lagi... heheh... cuba buat sendiri.... dengan syarat pergi kursus dululah...

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.