rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Sabtu, 18 April 2009

pH Media untuk Cili

Skala pH adalah diantara 0 hingga 14. pH 7 adalah bacaan neutral. Bacaan dibawah 7 adalah berasid dan bacaan diatas 7 adalah beralkali.

pH media tanaman yang sesuai untuk cili lebih kurang 5.5 hingga 6.5. Memastikan bacaan pH media yang digunakan berada dalam julatnya adalah sangat penting bagi perkembangan akar tumbuhan, sekiranya akar dapat tumbuh dengan baik maka daya serapan nutrien adalah juga semestinya lebih baik serta pokok akan menjadi lebih subur serta berupaya mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Diantara kaedah yang biasa dilakukan bagi membetulkan pH media tanaman adalah melakukan "flushing" menggunakan air kosong seminggu sekali untuk siraman satu hari.



Rata-rata pH media sabut yang pernah saya uji (menggunakan meter pH murahan, hehehe) adalah dibawah 5.0 iaitu lebih berasid dari yang sepatutnya.

Manakala pH media campuran sabut dan sekam 3:1 kebanyakannya diantara 5.0 hingga 6.0, juga terdapat bacaan diantara 3.0 hingga 5.0 ini bergantung kepada nisbah campuran sebenar samada sekata atau pun tidak. Sabut muda lebih berasid dari sabut tua.

Manakala media sekam 100% yang saya uji rata-rata boleh dikatakan antara 5.4 hingga 7.0, namun begitu ada 1 polibeg yang saya ukur bacaan pH adalah dibawah 4.0

Media sabut 100% adalah lebih berasid berbanding media sekam yang lebih baik bacaan pH (pada pendapat saya). Namun begitu sabut berupaya memegang air pada kadar yang lebih lama berbanding sekam.

Mungkin campuran media sabut dan sekam 1:1 lebih baik dari menggunakan sekam 100%, namun adalah lebih baik diuji terlebih dahulu.

Banyak info yang diperolehi, ramai pengusaha fertigasi di utara menggunakan sekam 100%, sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai meter pH (khas untuk "soil" - bukan untuk cecair) bagi mengukur bacaan pH media yang kita gunakan, lebih-lebih lagi jika terdapat pokok yang terbantut atau mengalami masalah pertumbuhan samada sebahagian kecil atau pada keseluruhan tanaman.

Mungkin juga lebih elok kita membuat percubaan pelbagai jenis media atau nisbah campuran media pada plot kecil sekitar 100 pokok bagi memastikan media mana yang lebih baik untuk digunakan pada ladang, tanpa mengambil risiko menukar jenis media pada keseluruhan tanaman ladang.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.