rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Khamis, 18 September 2008

Teknik Belajar

Sudah menjadi kebiasaan kita manusia belajar dengan bertanyakan soalan untuk belajar. Ramai diantara kita akan bertanya soalan biasa seperti "Bagaimana nak buat itu dan ini?" kita boleh namakan solan ini jenis "positif".

Sememangnya kita akan belajar sesuatu dari soalan "positif", sama ada sewaktu kita mengikuti kelas yang mengenakan yuran atau ketika mengikuti lawatan sambil belajar. Kita masih tidak berjaya mendapatkan semua maklumat yang diperlukan secara menyeluruh atau tidak peka dengan maklumat yang diberikan kerana semuanya adalah

positif.

Saya percaya ramai dianatara kita yang mengetahui siapa Thomas Edison http://www.thomasedison.com/biography.html sebelum beliau berjaya mencipta mentol, beliau telah gagal berulang kali, namun begitu beliau telah mengetahui bagaimana cara yang salah untuk mencipta mentol dan akan mencuba cara yang baru dan tidak akan mengulangi kesalahan yang telah beliau lakukan.

Mengambil dari pengajaran sejarah tersebut, kita mesti tahu apakah cara yang salah untuk membuat sesuatu benda termasuklah sistem fertigasi. Dengan itu kita tidak akan melakukan kesilapan dengan sengaja. Untuk itu kita perlu bertanyakan soalan "negatif" seperti "Bagaimana cara yang salah untuk membuat itu dan ini?".

Apabila maklumat yang kita ada adalah berbentuk suruhan dan larangan maka sudah pasti kita lebih peka kepada hasil dan akibat dari sesuatu tindakan yang dilakukan untuk mencapai tujuan yang sebenar.

Sebagai contoh:

Bagaimana cara menyemai benih yang betul? (Soalan positif)
Hanya boleh menyemai benih dengan satu teknik atau ada teknik lain? (Soalan positif)
Bagaimana cara menyemai benih yang salah yang biasa berlaku? (Soalan negatif)
Sekiranya tidak megikuti sepenuhnya langkah-langkah yang telah dinyatakan, apakah kesannya?(Soalan negatif)

Begitu juga dengan belajar melalui teknik meniru cara orang lain.

Kita terbiasa meniru sesuatu yang baik (positif) dengan harapan akan cepat berhasil. Namun begitu kita lupa untuk tidak meniru cara yang salah (negatif) untuk mengelakan kerugian atau kesilapan.

Menjadi Pak Turut adalah satu lagi cara belajar yang salah kerana hasilnya belum pasti. Oleh itu pastikan kita mempuyai pengetahuan secara Teknikal kenapa sesuatu pekerjaan perlu dilakukan begitu dan begini, mengapa tidak begitu dan begini.

Saya percaya hanya hal-hal agama sahaja yang dilarang bagi kita untuk bertanya soalan secara berlebih-lebihan seperti berkenaan alam roh\ghaib dan lain-lain kerana itu adalah urusanNya dan manusia tidak diberikan pengetahuan melainkan hanya sedikit sahaja.

Sebagai kesimpulannya:

Kita mesti tahu, apa yang kita tahu - supaya kita melakukan sesuatu perkerjaan itu dengan betul.

Kita mesti tahu, apa yang kita tidak tahu - supaya kita mencari penyelesaiannya dari mana-mana sumber yang sahih bukan dari sumber-sumber yang daif.

Wallahua'lam.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.