rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Khamis, 18 September 2008

Belajar Asas

Menghadiri kursus Fertigasi dan melakukan praktikal dari mula dengan mengamalkan konsep sebenar fertigasi secara profesional bukan secara amatur.


Untuk tujuan ini kos mungkin mencecah RM1000.


Beli Kit Fertigasi - guna media tanaman dan baja sebenar seperti diladang fertigasi.


Sekiranya anda bercita-cita untuk membina sistem yang besar, anda boleh bermula dengan sistam yang kecil. Rujuk http://www.esnips.com/doc/0600e03f-cc4c-43c7-bb5e-6b5bc92ccfae/Fertigasi-Edible-Garden---Beginners


Apa yang diperlu dipelajari:


1. Asas Sistem Fertigasi - timer,pam poly paip 16mm, micro tube, dripper, nipper, penebuk lubang yang sudah dipelajari dari kursus.

2.Gunakan media sendiri - sabut @ cocopeat 3:1 dapatkan dari kedai fertigasi pujuk dan rayu pembekal anda supaya anda boleh membeli sedikit cocopeat & sekam. 3 guni cocopeat = 1 guni sekam boleh menghasilkan lebih kurang 20 polibeg standard fertigasi.

3. Baja A dan B pujuk dan rayu pembekal anda supaya menjualkan kepada anda baja tersebut dalam kuantiti kecil ie; 5liter setiap satu (bawa bekas sendiri). Anda memerlukan meter EC ( beli yang low end sudah memadai)

4. Semai benih - anda perlukan tray semaian atau pasu plastik kerdil, anda biji benih, peat moss (media semaian) cuba beli sedikit dari penganjur kursus, penyembur air.


Teknik semaian asas:

1. Merawat benih

2. Media semaian

3. Baja

4. Baja tambahan

5.Kawalan serangga

6.Transplant

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.