rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Jumaat, 19 September 2008

Menghadiri Kursus Fertigasi Dan Lakukan Eksperimen

Menghadiri kursus Fertigasi secara teori dan melakukan praktikal asas semasa kursus adalah amat penting. Pastikan Tok Guru yang menyampaikan kursus tersebut adalah yang benar-benar berpengalaman.

Disitu kita boleh melihat dan mengenal nama dan jenis-jenis komponen-komponen fertigasi yang digunakan pada kebun\ladang yang sebenar seperti:

- Tangki air, Saiz paip utama, paip sub, paip "fittings", micro tube, dripper, Timer, pam, rumah semaian kos rendah, media, polibeg, racun, foliar, boom flower, tong baja,baja A dan B, membancuh baja, serta

baja tambahan
- Juga jenis racun kulat serta racun serangga dan jadual meracun, jenis penyakit dan cara kawalan yang sesuai, teknik merawat dan menyemai benih, pembajaan benih sehingga mengubah benih kedalam polibeg
- Susun atur polibeg, paip utama, paip sub
- Penggunaan EC dan PH meter
- Jenis-jenis benih
- Pancang,trellis
- Dan lain-lain lagi

Pastikan sebelum kursus berakhir kita mengenali setiap komponen yang digunakan ini bagi memastikan kita boleh melakukan pemasangan Sistem Fertiasi sendiri. Selain itu juga harus mengenal jenis racun dan kegunaan, jenis baja tambahan dan kegunaan, jadual meracun, jadual pengairan megikut umur pokok serta jumlah air yang diperlukan bagi setiap peringkat umur pokok.

Untuk membiasakan diri dengan system Fertigasi adalah lebih baik kita membuat sendiri Sistem Fertigasi Mini untuk 10 pokok cili dihalaman rumah untuk menambahkan pengalaman.

Ilmu yang diperolehi dari kursus belum tentu membolehkan kita mereka dan memasang sendiri Fertigasi Mini sendiri.

Oleh itu Kit Fertigasi Mini ini boleh didapati secara online. Tetapi benih, baja, media tanaman yang dibekalkan biasanya tidak sama seperti yang digunakan di kebun\ladang fertigasi begitu juga manual yang diberikan tidak banyak membantu termasuk cara kawalan air + baja yang berlainan sekali kerana ianya bukan untuk tujuan pertanian komersial.

Ilmu yang telah anda perolehi semasa kurus boleh diaplikasikan disini. Anda mungkin memerlukan EC meter, baja cuba dapatkan dari pihak penganjur kursus anda dalam jumlah yang kecil ie: 5 atau 10 liter setiap satu jenis baja A dan B (bekas bawak la sendiri). Media tanaman,media semaian, tray semaian, benih juga cuba dapatkan dari mereka. Jangan guna baja dan benih dari kit yang dibeli melainkan tiada pilihan lain.

Oleh kerana namanya pun Fertigasi Mini maka pengalamannya juga mini, namun begitu kita akan dapat belajar teknik pengawalan serangga perosak, air + baja serta melihat sendiri proses tumbesaran pokok dari biji benih hinggalah berbuah. Sudah pasti kita akan turut belajar dan mendapat pengalaman baru.

Bertitik tolak dari situ barulah boleh kita menceburkan diri secara professional dalam bidang Pertanian Fertigasi ini. Dengan jumlah polibeg permulaan 1000 pokok adalah ideal namun pada peringkat ini masih belum boleh dikatakan professional lagi tetapi boleh dinamakan eksperimen sahaja. Disini pastikan pam, tangki serta paip utama yang digunakan adalah dari saiz yang sepatutnya atau kemudian nanti mungkin akan berlaku beberapa masalah, dimana anda perlu menggantikan pam air , paip utama mahupun tangki air.

Pastikan juga keseluruhan pemasangan system pam, paip, menyemai dan menjaga benih, mengubah benih, meracun dan lain kerja dilakukan sendiri bagi betul-betul memahami selok-belok Fertigasi.

Percubaan pertama biasanya akan megalami masalah seperti kurang penjagaan samada dari segi kawalan serangga perosak, kepekatan bancuhan baja dan air, jumlah air yang diperlukan oleh pokok, baja tambahan, foliar, boom flower, dan lain-lain lagi. Pada peringkat ini kita akan membuat banyak kesilapan. Senaraikan segala kesilapan yang telah berlaku untuk kaji selidik dan proses pembetulan pada musim kedua nanti.

Kesilapan-kesilapan yang lepas itu harus kita kenal pasti, pelajari kaedah pengedalian yang betul bagi setiap kesilapan yang telah dilakukan. Jika perlu rujuk kepada pakar Fertigasi atau Tok Guru. perbetulkan pada musim yang berikutnya. Pada kali ini pastikan semua kesilapan yang telah dilakukan pada musim pertama tidak dberulang lagi.

Pada waktu menulis coretan ini eksperimen musim pertama saya boleh dikatakan gagal.

Antara kesilapan yang telah berlaku:

- teknik merawat benih tidak betul
- teknik kawalan serangga tidak betul
- pemantauan yang lewat

Begitu juga eksperimen musim pertama seorang rakan yang sama berkursus Fertigasi dahulu turut dikatakan gagal kerana serangan penyakit.

Pada peringkat ini kami akan bersama-sama berkongi pengalaman dan teknik-teknik yang betul untuk mengendalikan Pertanian Fertigasi musim kedua.

Saya telah mencari Tok Guru baru yang boleh mendidik saya bagi memperbetulkan kesilapan musim pertama.

Catatan Berkaitan :



1 komen:

lutfie on 20 September 2008 pada 4:39 PTG berkata...

Tahniah!! kerana berjaya mewujudkan laman blog ni.. insyaallah saya akan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan blog yang lain tentang tanaman cili fertigasi ini, sayapun baru tentang fertigasi ini, projek da mula, tapi kecil-kecilan dulu , tapi biasalah, projek pertama mesti banyak problem , nanti jika ada kesempatan, saya akan senarai masalah-masalah yang timbul semasa saya menjalankan projek ini.wassalam.


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.