rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Ahad, 21 September 2008

EC Meter

Electrical Conductivity (EC) Meter adalah satu alat yang perlu bagi mengukur kepekatan campuran baja dan air.

Ada teknologi tinggi penyemaian benih menggunakan sistem aliran air yang dikawal secara automatik menggunakan sistem pam kecil, ini bagi mempercepatkan pertumbuhan anak benih. Sistem ini biasanya menggunakan kepekatan campuran air dan baja pada kadar yang begitu cair dimana unit yang digunakan ialah uS @ micro SIEMENS.

Manakala kepekatan yang biasa digunakan dikebun\ladang Fertigasi adalah antara


1.0mS hingga 3.0mS @ mili SIEMENS.

Apakah perlu menentukan kepekatan baja untuk tanaman secara Fertigasi ini?

Ya, ianya amat perlu sekali bagi memastikan tananam dapat membesar dengan sempurna dengan memperolehi nutrient (baja) yang secukupnya. Kadar kepekatan baja yang diperlukan adalah tidak sama pada semua peringkat umur tanaman.

Sekiranya tanaman yang masih kecil diberikan nutrient berkepekatan tinggi maka tidak semua nutrient tersebut dapat diserap, maka akan berlaku pembaziran kerana kos baja adalah tinggi. Sebaliknya jika tanaman yang sudah besar diberikan nutrient berkepekatan rendah maka tanaman tidak akan dapat tumbuh dengan subur maka sudah pastinya hasil yang akan dituai adalah kurang dari yang sepatutnya.

Adakah perlu menggunakan EC Meter setiap kali kita membancuh baja kedalam tangki air?

Secara teorinya ya. Namun menurut kata Otai Fertigasi, tidak semestinya. Dengan alasan kita perlu melakukan benda yang sama berulang kali sedangkan kita menyediakan baja pada kadar yang sama, samada 100liter atau 200 liter. Oleh itu kita perlu menyukat jumlah kuantiti baja dalam mililiter atau liter, setiap kali baja dicampurkan kedalam tangki air, sukatan hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal setiap peringkat umur tanaman. Pastikan baja yang digunakan adalah dari jenis dan berat timbangan yang sama.

Sebagai contoh pada peringkat pertama kita memerlukan kepekatan 1.0mS (guna kepekatan paling rendah bagi setiap peringkat umur) , ambil alat pengukur atau jag yang mempunyai skala (boleh didapati dikedai menjual barangan membuat kek, dapatkan saiz 2 liter atau lebih, 2 unit) gunakan jag yang berlainan bagi baja A dan B bagi mengelakkan tindakbalas kimia.

Ambil setiap satu baja A dan B pada ukuran 200mL dan campurkan kedalam tangki air, kacau bancuhan dan seterusnya ukur kepekatan dengan EC meter, tambah setiap satu baja A dan B pada gandaan 200mL, kacau bancuhan sehingga bacaan meter tidak berubah dan ukur kepekatan baja, ulangi langkah tersebut sehingga mendapat bacaan 1.0mS, jangan lupa untuk merekodkan berapa jumlah kuantiti baja A dan B yang telah dicampurkan kedalam tangki air bagi mendapatkan kepekatan 1.0mS.

Katakan baja yang disediakan adalah untuk 200L, manakala bancuhan untuk 600 gelen air memerlukan 6liter baja A dan B setiap satu, maka untuk bancuhan seterusnya EC meter tidak lagi diperlukan kerana kita akan terus mencampur 6liter setiap satu baja A dan B untuk satu tangki 600 gelen sehingga peringkat umur yang pertama tamat.

Sememangnya setiap kali kita mengisi tangki air dan membancuh baja, tangki tersebut tidaklah 100% kosong. Apabila kita campurkan kuantiti baja dengan jumlah yang sama seperti diatas bacaan kepekatan baja adalah lebih tinggi sedikit dari 1.0mS, namun begitu ianya bukanlah suatu pembaziran kerana baki air yang masih ada didalam tangki adalah minima dan tidak akan memberi kesan yang begitu ketara dan pembaziran baja turut diminimakan. Kita boleh ukur sekali lagi kepekatan baja pada bancuhan kedua bagi memastikan kepekatan sebenar, juga rekodkan bacaan tersebut. Untuk bancuhan seterusnya bagi peringkat umur yang sama tidak lagi perlu menggunakan EC meter.

Untuk peringkat umur seterusnya ulangi langkah diatas sehingga mendapat kepekatan yang diperlukan sebagai contoh 1.5mS @ atau 2.0mS atau mengikut keperluan sesuatu jenis tanaman pada awal setiap peringkat umur dan gunakan sukatan yang sama sehingga setiap peringkat umur yang tersebut tamat.

Simpan rekod bacaan EC tersebut diatas untuk kegunaan musim seterusnya.

Artikel-artikel Fertigasi tidak menunjukkan keseragaman tentang kepekatan bancuhan baja. Oleh itu untuk memastikan kepekatan baja adalah tepat bagi setiap peringkat umur dan setiap jenis tanaman sila dapatkan nasihat dari Otai Fertigasi.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.