rss

Jumaat, 27 Mac 2009

Pemilihan Pam

Pemilihan pam adalah subjektif. Ia bergantung kepada design layout paip utama dan 16mm.

Apa yang perlu kita tahu pada asasnya pam ini boleh dikategorikan untuk kegunaan menyedut air dan menghantar air.

Pam yang digunakan untuk menyedut air perlulah dari jenis yang sesuai serta mempunyai kuasa kuda (HP – horse power) yang tinggi.

Manakala pam yang digunakan untuk menghantar air tidaklah perlu

begitu tinggi kuasa kudanya (HP – horse power).

Cara sambungan pam kepada tangki juga amat penting, ini bagi memastikan tangki tidak kering apabila dibiarkan semalam selepas pam dimatikan. Juga bagi mengawal tekanan air sekiranya pam yang digunakan adalah lebih besar daripada kuasa yang diperlukan serta mengelakan daripada dripper sering tercabut akibat tekanan yang berlebihan.

Kebiasaanya pam berkuasa ½ HP sudah memadai untuk kegunaan sehingga 1000 pokok, 1HP sehingga 2000 pokok, 1.5HP sehingga 3000 pokok manakala 2HP sehingga 4500 pokok begantung kepada design layout paip utama dan 16mm.
Jumlah dan jarak masa pam dihidupkan juga bergantung kepada design layout paip utama dan 16mm serta jenis dripper yang digunakan.

Catatan Berkaitan :

Pam


    0 komen:


    Catat Ulasan

     

    Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

    Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


    Nama Anda
    Emel Anda
    Subjek
    Mesej
    Gambar 1
    Gambar 2
    Gambar 3
    Imej Pengesahan
    captcha
    Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
    [ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

    Cili Padi Semerah 704

    Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

    Secara kasar:
    Rendah
    Cabang Y ~1 kaki
    Buah lebat
    Mudah untuk di pancang
    Hasil Purata 60kg/sebulan
    Purata satu pokok 100gram/sebulan
    Siraman 3 kali sehari
    Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

    Sangat Pedas

    Cili Semerah Original

    Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

    Secara kasar:
    Tinggi
    Cabang Y ~2 kaki
    Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
    Susah untuk di pancang
    Hasil Purata 20kg/sebulan
    Purata satu pokok 50gram/sebulan
    Siraman 2 kali sehari
    Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

    Kurang Pedas
    Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.