rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Ahad, 12 Julai 2009

Kajian Tempatan Cili Kampung / Cili Padi / Cili Burung

P
ada 16 & 17 November 2008, tahun lalu, saya telah melakukan kajian tempatan berkenaan cili kampung / cili padi / cili api / cili burung yang boleh diperolehi di persekitran rumah, berkisarkan pendapat penduduk setempat (dahulunya saya paparkan pada blog saya yang lain). Cili Padi A & B kurang mendapat sambutan dikalangan masyarakat di kampung Sekitar Batu Kikir N.Sembilan kerana aroma dan kepedasan yang rendah. Berbanding dengan Cili Burung 1,2 & 3, permintaan yang tinggi, yang mana aroma dan kepedasan yang tinggi menyumbang kepada rasa keenakkan masakan Gulai Lemak Cili Api iaitu masakan kegemaran tempatan, almaklumlah orang tempatan lebih memahami cita rasa masakan mereka.


Cili Padi A - Pedas dan aroma cili kurang (ditanam)

Cili Padi B - Pedas dan aroma cili lebih sedikit dari Cili Padi A (ditanam)


Cili Burung 1 - Pedas dan aroma cili paling tinggi berbanding dari Cili Padi A dan B (ditanam)


Cili Burung 2 - Pedas dan aroma cili setanding Cili Burung 1 (hidup liar dikebun getah)


Cili Burung 3 - Pedas dan aroma cili setanding Cili Burung 1 & 2 (ditanam)




Cili ini didapati dari kedai dan pasar, dipercayai dari Thai. Oleh itu saya namakan Cili Thai. Kepedasan kurang sedikit sahaja dari Cili Burung tetapi masih tetap pedas namun begitu aromanya sedikit kurang, buahnya juga panjang, lebih sesuai untuk ditanam secara komersial. Pengalaman ditanam pada Edible Gerden, buahnya lebih pendek, sedikit besar dan permukaan tenggelam timbul (tidak rata).



3 Dis 2008 - Memproses 11 ulas Cili Burung 2 untuk dijadikan benih.
14 Dis 2008 - Memproses beberapa ulas untuk dikeringkan dan dijadikan benih.
14 Dis 2008 - Semai benih Cili Burung 2 dan juga Cili burung 1 serta Cili Thai (benih yang masih basah ).


25 Dis 2008 - Benih tumbuh namun ada juga yang mati maklumlah benih diproses dari buah yang tdak begitu cukup ranum. Cili Thai pada pangkal benih sedikit berwarna ungu.

Semerah cili varieti baru : Cili Semerah



Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.