rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Rabu, 29 April 2009

Ladang Mini Cili Padi Semerah 1100 Pokok

Berdasarkan test bed edible garden @ taman dapur lebih kurang 20 pokok di halaman rumah En Md Noh Bin Sirus di Homestay Kampung Lonek Negeri Sembilan, saya dapati fakta penggunaan air serta baja yang diperolehi berdasarkan tapak rujukan adalah mencukupi untuk kehidupan pokok serta berupaya mengeluarkan hasil. Namun begitu pada test bed tersebut penitis untuk beberapa pokok telah diubah suai (pada anak pokok yang terbantut), hasilnya saiz anak pokok terbantut telah melebihi saiz anak pokok yang normal semasa transplant.

Oleh itu untuk Ladang Mini Cili Padi Semerah 1100 pokok yang ditanam

(musim ketiga) pada tapak yang sama dengan cili 568 (musim pertama) dan cili S469 (musim kedua), jadual siraman serta jumlah air dan kepekatan baja telah diubah suai bagi mendapatkan saiz pokok yang lebih besar serta mengelakkan berlakunya pembaziran baja serta air. Ladang Mini Cili Padi Semerah 1100 Pokok tersebut baru sahaja siap transplant lebih kurang 7 hari, kebanyakkan anak benih berusia 5 - 6 minggu dan ada juga sebahagian kecil yang berusia 8 minggu ketika transplant.

Pada pemerhatian saya untuk cili padi adalah tidak sesuai menggunakan jadual siraman serta jadual kepekatan baja yang sama seperti cili merah kerana ianya adalah membazir.

Menurut pengetahuan saya tiada maklumat berkenaan jadual siraman, jumlah air serta kepekatan baja yang 100% lengkap untuk cili padi. Maklumat jadual siraman, jumlah air serta kepekatan baja yang ada pada ketika ini adalah berdasarkan tapak rujukan serta mengambil kira hasil ujian pada Ladang Mini Cili Padi Semerah 1100 pokok yang baru siap transplant .

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.