rss

Cemperai - Suapan Blog Baru

Sabtu, 14 Februari 2009

Fertigasi

Sistem Pengairan Titis adalah merupakan sistem utama kepada Sistem Fertigasi, pecahan daripada Sistem CHEMIGATION.

Sistem Fertigasi amat sesuai digunakan untuk tanaman sayuran\buah seperti cili, tomato, melon dan timun. Dimana tanaman ditanam didalam pasu atau polibeg dengan menggunakan media tanaman yang sesuai selain dari tanah.

Bagi benih cili dan tomato perlu disemai ke media semaian terlebih dahulu sebelum dipindahkan kedalam pasu atau polibeg manakala benih seperti timun boleh disemai terus ke

media tanaman.

Perkataan FERTIGATION (Fertigasi) berasal daripada gabungan perkataan FERTILIZATION (pembajaan) dan IRRIGATION (pengairan), iaitu satu kaedah dimana baja mudah larut air (water soluble) dicampurkan kedalam sistem pengairan titis dan dihantar terus kepada zon pengakaran pokok bagi mempercepatkan pertumbuhan tanaman serta hasil tuaian yang tinggi. Biasanya baja fertigasi dinamakan baja A dan B, selain dari itu terdapat juga set asid dan alkali yang digunakan untuk membetulkan PH air, bagi air paip set asid dan alkali adalah tidak diperlukan.

Sistem Fertigasi membolehkan penggunaan baja yang cekap sehingga 85% berbanding kaedah pembajaan secara tabur iaitu 30% sahaja. Dan hasil tuaian mencecah sehingga 700% bagi yang menggunakan (SPT/SPH) struktur pelindung (rumah) tanaman / hujan.

Catatan Berkaitan :



0 komen:


Catat Ulasan

 

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini

Ruangan Catatan Pelawat Blog Ini


Nama Anda
Emel Anda
Subjek
Mesej
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Imej Pengesahan
captcha
Sila masukkan teks dari imej sebelah kiri:
[ Tukar Imej ] [ Ini apa? ]

Cili Padi Semerah 704

Bedasarkan info dari ladang mini 600 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Rendah
Cabang Y ~1 kaki
Buah lebat
Mudah untuk di pancang
Hasil Purata 60kg/sebulan
Purata satu pokok 100gram/sebulan
Siraman 3 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Sangat Pedas

Cili Semerah Original

Bedasarkan info dari ladang mini 400 pokok ditanam secara fertigasi.

Secara kasar:
Tinggi
Cabang Y ~2 kaki
Buah kurang lebat berbanding Cili Padi Semerah 704
Susah untuk di pancang
Hasil Purata 20kg/sebulan
Purata satu pokok 50gram/sebulan
Siraman 2 kali sehari
Putus buah - ada pokok yang ada buah sahaja, ada pokok yang ada bunga dan putik sahaja dan ada pokok yang ada bunga, putik dan buah

Kurang Pedas
Penafian: Blog Admin / Penulis Blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan atau kerugian akibat daripada penggunaan mana-mana maklumat yang terdapat pada blog ini atau blog pautan terus atau pautan tidak terus dari blog ini.